Bab 5

137 15 1
                                        

Dari jauh, aku sudah nampak kelibat Umi terkocoh kocoh membuka pintu. Terus aku pandu kereta ke dalam garaj rumah.

Nampaknya penting benar apa yang Umi nak katakan tadi. Salam diberi sebelum tangan Umi aku gapai dan salam.

Aku lihat Umi memakai tudung bawal. Mungkin ada tetamu bertandang.

Dari pintu masuk rumah aku dengar ketawa orang yang berada di dalam rumah. Riuh ruang tamu itu kedengaran segenap ruang.

Ramai betul tetamu hari ni. Mungkin sebab itu Umi suruh aku balik awal.

Sampai sahaja di ruang tamu, kesemua mata yang berada disitu memandangku. Aku membongkokkan badan sedikit.

"Assalamualaikum puan, encik."

Tangan seorang wanita yang tersenyum lebar memandangku aku gapai. Kepala aku tundukkan sedikit memandang seorang lelaki yang turut tersenyum sebelum mengangguk.

Tangan Papa turut aku salam. "Duduk, Hawa." Arah Papa.

Akur dengan arahan Papa, terus aku ambil tempat disebelah Umi. Along, Angah dan Achik duduk bersila di bawah sofa. Sofia duduk elok di sofa yang terletak dibelakang mereka.

Air yang Umi hulur aku sisip sedikit. Gementar bila semua memandangku sambil tersenyum penuh makna.

"Jadi, inilah Hawa ya?" Soal wanita yang aku salam tadi.

Papa mengangguk sambil tersenyum lebar. "Perkenalkan, Hawa Ariana. Anak perempuan sulung kami." Ujar Papa ceria.

Aku membalas senyuman manis mereka.

"Cantik sungguh nama dengan tuannya. Patut tuan punya badan tak menyabar." Seloroh lelaki tadi.

Mereka semua tertawa besar sebelum Papa berdehem sambil mengangkat kening pada lelaki itu.

"Hawa, ini Aunty Haida dengan Uncle Qairi." Ujar Umi pula. Aku terus tersenyum manis pada mereka berdua.

"Hawa, boleh panggil mama je ya. Yang ini, panggil Daddy. Nanti keliru pulak ada dua Papa." Ujar wanita tadi mengundang tawa di ruang tamu rumah itu.

Aku tertawa kecil. Aku menyembunyikan kerutan di dahi saat Uncle Qairi menyiku perlahan Aunty Haida.

"Mama nak berterus terang lah ya, Hawa." Ujar wanita itu.

Aunty Haida menarik nafas dalam sebelum tersenyum ke arahku. "Mama datang ni ada hajat. Nak merisik bunga di taman." Ujarnya penuh kiasan.

Aku mengerutkan dahi memandang Sofea. "Sofea nak kahwin ke?" Soalku tertanya tanya.

Terus ruang tamu itu gamat dengan tawa. Sampai bertepuk tangan Along ketawa sebelum di cubit Umi.

"Hawa, Sofea tu pt3 pun tak lepas lagi. Inikan pulak kahwin." Ujar papa bersama sisa tawanya.

Suasana di ruang tamu itu senyap seketika. "Mama datang nak merisik Hawa untuk anak mama."

Aku terkedu. Aunty Haida itu tersenyum lebar memandang Uncle Qairi disebelahnya.

Terus dia tarik perlahan tanganku lalu menyerahkan satu kotak sederhana besar bewarna merah dan diletakkan di dalam tapak tanganku.

"Mama harap Hawa terima ya?" Terus dia tersenyum memandangku yang masih keliru.

Ya Allah, petanda apa ni.

Lepas Wafiy pergi, ada pula yang datang menyinggah.

Suasana ruang tamu itu senyap sunyi. Bunyi kipas berpusing saja yang memecah kesunyian ruang tamu itu.

Wajah tua penuh mengharap itu aku pandang sebelum menunduk.

Pabila Takdir Kata DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang