HAWA ARIANA
Aku menongkat dagu. Tangan aku yang sejuk aku genggam. Sedar tak sedar, dah 2 minggu sejak aku jumpa Wafiy hari tu.
Nampaknya macam tak ada takdir je, hahaha. Aku mengigit bibir. Nervous. Sudahlah firma guaman yang aku nak pergi ni terkenal.
Kepala aku toleh memandang sekeliling. Ramai. Macam tak ada chance pulak untuk aku. Last aku pergi interview pun tahun lepas. Itu pun interview jadi cashier je!
"Hawa Ariana."
Aku tersentak saat nama aku dilaungkan. Pantas aku bangun dari kerusi dan berlalu dari tempat menunggu. Seorang wanita memakai skirt pendek merenung aku tajam. Pantas saja aku membuntuti dia mausk ke dalam bilik tenu duga.
Buka sahaja tombol pintu, terdapat 4 orang yang duduk di meja yang panjang. 2 lelaki, 2 perempuan. Kesemuanya mempunyai riak wajah berbeza.
Seorang ceria, seorang dingin, seorang bosan dan seorang lagi mengantuk. Hei, serius ke dorang ni yang nak interview aku?
Okay Hawa, positif. Nanti tak berkat kau nak mohon kerja kat sini.
Senyum aku ukir. Hawa, you can do this!
"Assalamualaikum."
Mereka menjawab salam aku. Terus sahaja aku hukurkan fail yang mengandungi resume aku. Seorang lelaki yang memakai kaca mata merenung aku sebelum matanya jatuh kembali pada resume tersebut.
"University of London?" Soalnya. Aku tersenyum manis.
"Yes, sir."
Soalan mereka aku jawab dengan tenang. Alhamdulilah, nasib aku sempat baca contoh soalan di google.
Lelaki tadi menanyakan aku pelbagai soalan. Aku agak dia ketua, sebab hanya sesekali saja yang lain membuka mukut untuk bertanya.
"Why do you think we should hire you?" Perempuan yang berada dihujung sekali memandangku.
Aku mengukir senyuman. "I'm a very productive and organized person. I can learn things quickly. I love to ask many questions. The more i know, the better i'd be."
Mereka berempat mengangguk. Keluar sahaja dari bilik temu duga, aku tersenyum. Alhamdulilah! Kalau tak dapat pun tak apa, asalkan aku dah cuba yang terbaik.
Butang lif aku tekan. Terbuka sahaja pintu lif, aku terus masuk selepas kesemua yang berada di dalam lif itu keluar.
Aku bernyanyi kecil. Sesekali mata aku memandang refleksi pada cermin yang berada pada dinding lif. Lif ni kosong, jadi kalau aku nak acah acah catwalk pun tak apa, hihihi.
Ting!
Terus aku pura pura biasa. Pintu lif yang belum terbuka sepenuhnya tunggu.
"Miss Ariana?"
Aku tersentak. Dia! Wafiy yang segak memakai kot dihadapan aku perhati. Terkedu aku dibuatnya.
Kening dia terjongket sebelah. Rambut dia terbang perlahan bila ditiup angin. Eh chop, macam mana boleh ada angin dalam bangunan ni?
"Wafiy.." Seruku. Dia masih nampak kacak seperti biasa. Jika nak dibandingkan dengan aku. Baju kurung songket bewarna hitam dengan tudung shawl satin bewarna merah.
Sangat berbeza. Samgat ketara. Macam langit dan bumi.
Aku tersedar aku masih belum keluar dari lif, pantas aku melangkah keluar dari kotak lif. Wafiy masih berdiri statik di tempat tadi, memasukkan tangannya ke dalam poket.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pabila Takdir Kata Dia
Roman d'amour6 tahun lepas, mereka bertemu. Berlari, bergembira dan tatkala kereta tersebut menghentam Hawa, semua hilang. Adrian Wafiy, bukan pengecut dan bukan melarikan diri. Dirinya telanjur mencintai gadis 17 tahun itu. Tapi kalau dia penyebab gadis itu ber...