HAWA ARIANA
Aku tersenyum girang. Jaket yang dipakai ditanggalkan lalu disangkut di tempat yang disediakan. Suasana kapal terbang itu tidak terlalu riuh dan tidak terlalu sunyi.
Entah mimpi apa Umi nak belanja aku tiket business class. Jangan salah faham, memang keluarga Hawa datang dari keluarga yang berada. Tapi Umi selalu ajar anak anak untuk berusaha.
Dia sendiri pun perlu ambil kerja sambilan. Duit Umihantar tapi langsung tak pernah rasa nak guna. Baik simpan untuk hari tua, lagi bagus.
"Hawa?"
Aku mengerutkan dahi. Pantas kepalaku tertoleh. Wajah Haraz, rakan universiti menyapa. "Eh, Haraz?"
Kami berpandangan lalu tertawa. Jejaka itu pantas mengambil tempat duduknya. Hawamenghadiahkan senyuman manis buat Haraz.
Haraz , pelajar jurusan penerbangan. Maknanya dia ni bakal pilot, untung siapa dapat. Handsome pun handsome, segak tu pun ada. Tapi itulah, tak dapat nak cairkan si Hawa Ariana ni hahaha.
"So lepasni awak pergi mana?" Soalnya kepada aku. Matanya memandang aku dengan tenang. . Tatkala itu kapal terbang sudah berlepas. Aku menjongketkan bahu.
"Takkanlah tak tahu pula, awak kan bakal accountant."
Aku tersengih. "Entahlah, saya tak plan lagi nak buat apa lepasni. Lagipun peluang nak kerja tu macam 50–50, tapi takpela saya cuba je ambil mana mana interview."
Haraz mengangguk. Aku menoleh melihatnya "Awak, macam mana?".
Dia mengosok tengkuknya. Dahinya berkerut sambil mengukir senyuman kacak. "Well, saya dah dapat kerja dah pun actually."
Mata aku membulat. "What! Cepatnya!"
Haraz tersengih. Tapi, tak hairanlah. Haraz ni boleh dikira pelajar terbaik universiti. Walaupun bukan satu jurusan, aku selalu dengar para pensyarah puji dia.
"Awak kerja kat syarikat penerbangan mana?"
"Teguh Airlines, alah yang baru bukak tu. Lagipun abang saya ada kenalan kat sana, itu yang senang sikit." Sambung Haraz lagi.
Aku mengangguk sambil terdiam. Ada orang dalam rupanya, patut senang.
Seketika kemudian aku tersedar. Ish, apa kau ni Hawa! Rezeki orang, rahsia Allah. Mungkin dah memang rezeki dia kat situ, siapa je tahu kan?
Haraz berdehem. "So, lepasni awak balik mana? Menyewa dengan kawan or duduk dengan parents?"
Aku tersenyum kecil. "Well, lepasni saya balik KL , duduk dengan parents saya. Lepas dapat kerja nanti baru decide nak pindah keluar ke tak." Aku menjawab dengan tenang.
"Wait what, KL? Area mana?"
"Mm, area Shah Alam je."
"Wait, awak pun duduk kat situ jugak?" Haraz tertawa kecil.
"Ye la, saya duduk kat Melati Street. Kenapa?"
Haraz kelihatan terlopong. Matanya membulat. "Itulah tempat saya duduk!" Dia berkata teruja.
Kalini, aku pula terlopong. Kami berpandangan sebelum tertawa kecil.
Aku terasa seperti terdengar dia berkata sesuatu dalam nada yang rendah."Awak kata apa tadi?" Soalku namun pantas Haraz menggeleng.
Its something like "Haih, kuat betul jodoh awak dengan saya.."
Malas mahu fikir panjang, aku pun terus meminta izin untuk tidur dulu. Haraz pun mengangguk saja. Jadi apa lagi? Tidur lah!
YOU ARE READING
Pabila Takdir Kata Dia
Roman d'amour6 tahun lepas, mereka bertemu. Berlari, bergembira dan tatkala kereta tersebut menghentam Hawa, semua hilang. Adrian Wafiy, bukan pengecut dan bukan melarikan diri. Dirinya telanjur mencintai gadis 17 tahun itu. Tapi kalau dia penyebab gadis itu ber...