Bab 6

120 12 4
                                    

Hehehe sorry for the late update qties 😘 here what you guys been waiting for . Anyways have you guys check my new cover yet ? Yall can get one fr free just check this account MacaronHime  and get yr own cover ! Enjoy reading peeps !

••

"Hah!"

Mata aku terbeliak besar. Nafas aku tercungap cungap, cuba mencari oksigen di dalam bilik yang sejuk ini.

Suhu penghawa dingin terasa mencengkam sehingga ke tulang putih. Terpaksa aku menutup dan menghidupkan kipas.

Peluh menitik dari dahi hingga ke dagu. Resah. Berpeluh aku satu badan persis baru lepas lari marathon namun hakikatnya aku cuma bermimpi.

Jam yang menunjukkan pukul 6.15 pagi aku kerling seketika. Eloklah aku bersiap untuk solat subuh dulu. Lagi 15 minit azan akan berkumandang.

Aku masuk ke dalam bilik air lalu membuka pili air. Air aku ratakan ke seluruh anggota wudhuk dan disudahi dengan doa selepas berwudhuk.

Telekung putih aku ambil lalu menyarungkannya. Aku duduk dibirai katil sambil termenung.

Mimpi tu. Rasanya mimpi itu ke petunjuk yang aku minta?

Serasanya dalam mimpi itu aku dan lelaki itu seperti sudah berkahwin. Nafas dihelakan berat. Seberat dada aku yang sarat dengan segalanya.

Wafiy. Aku berharap aku dapat melupakan dia. Tapi hakikatnya, perasaan itu makin lama makin menebal.

Makin lama makin sarat. Makin meminta lagi dan lagi.

Saban hari aku berdoa, jika bukan dia jodohku tolong buang perasaan ini. Mungkin ke dia jodoh aku?

Wajah diraup kasar dengan tapak tangan. Aku berharap lagi. Walaupun jelas, Wafiy tak pernah mimikirkan aku.

Bodohnya aku. Baru kenal dia tak sampai berapa bulan, sudah mengharapkan lebih lebih.

Pasti dia sudah punya seseorang. Dan gambar yang dihantar ke laman ig dia itu merupakan perempuan yang dia cinta.

Dia bersama perempuan yang dia cinta, aku merana.

Tiba tiba lagu Papinka- Masih Mencintainya berkumandang disegenap bilik itu. Selepas sahaja Wafiy utarakan semua itu, terus aku mula mengsetkan lagu ini setiap pagi.

"Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat saat bersamamu
Kasihmu padaku."

Ya, aku rindu dia. Aku rindu senua tentang dia.

"Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu."

Mata aku tutup. Menikmati lirik lagu tersebut yang benar benar kena dengan situasi sekarang.

"Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya
Selamanya
Mengapa mudahnya
Hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku
terluka
Semoga bahagia
Bersama dirinya
Kerna kau telah memilih dia"

Air mata yang sudah mahu jatuh pantas aku lap. Terus lagu tersebut aku . Kemudian, azan subuh terus kedengaran.

Bibir aku yang bergetar aku kemam. Kalau macam ni sakitnya cinta, aku tak akan cintakan dia dari awal.

Mataku merenung kosong kotak baldu bewarna merah tersebut.

Ketukan pintu yang bertalu talu aku biarkan. Tak lama kemudian, pintu terbuka. Wajah umi tenang tersembul di muka pintu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pabila Takdir Kata DiaWhere stories live. Discover now