iamyourcupcake © 2018
mempersembahkan
👫
Her Sweet Stalker[Sekuel/Siri Kedua 'Lelaki Upahan']
-
Idea Asal & Jalan Cerita
iamyourcupcake
Had Umur
15 tahunPeringatan
Baca terlebih dahulu siri pertama
'Lelaki Upahan'.Genre
RomanceWatak-Watak
Kim Taehyung
Shin Min Jung
Bilangan Bab
30 bab /500-600 patah perkataan setiap bab
Catatan Ringkas
Adalah dimaklumkan bahawa segala watak-watak yang ditampilkan serta jalan cerita hanya rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang masih hidup dan telah meninggal dunia.
---
Prolog"Aku sentiasa berada di sisi kau. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk tinggalkan kau walaupun hanya sebentar."
-Kim Taehyung
"Kau tidak rasa segala penipuan ini dapat aku maafkan dengan mudah? Kau seksa perasaan aku untuk satu tempoh yang lama."
-Shin Min Jung---
👫Kim Taehyung • Shin Min Jung
Perut yang berbunyi menyebabkan aku tidak berfikir panjang. Aku sarungkan kasut di kaki dengan segera. Jaket tebal yang tergantung di dalam almari aku pakaikan ke tubuh.
"Dah tengah malam. Tapi, aku lapar. Lantaklah. Kasi redah aje. Janji perut aku happy."
Aku membuka langkah menuju ke arah kedai yang berhampiran dengan rumah. Pintu kedai 24 jam itu aku kuak perlahan.
Terus aku menerpa ke arah rak yang menempatkan mi segera. Satu paket ramen aku ambil pantas.
Baru sahaja aku ingin beredar, mataku terpaku kepada susuk tubuh tinggi seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam.
Wajahnya tidak begitu jelas disebabkan oleh mask muka berwarna hitam yang dipakainya.
Jika diteliti secara kasar, keseluruhan tubuh badannya amat mirip dengan si dia.
Si dia yang sudah lama pergi meninggalkan aku.
Kim Taehyung.
"A-aku ni layan sangat perasaan agaknya."ujar aku kepada diri sendiri. Lelaki itu menoleh ke arah aku.
Tangannya mencapai susu pisang yang terdapat di dalam peti ais. Sekali pandang, terus lelaki tersebut pergi meninggalkan aku.
Aku geleng kepala apabila perasaan aneh dan curiga tiba-tiba menyerang diri.
Sepaket ramen yang diambil sebentar tadi aku letak di atas meja cashier. Beberapa keping duit aku keluarkan untuk membayar makanan tersebut.
Cashier lelaki berusia lewat 40-an itu mengangkat tangan. Kepalanya hanya digelengkan kepada aku.
Satu kotak susu pisang dimasukkan ke dalam beg plastik aku bersama sepaket ramen.
"Tak perlu bayar cik. Ada peminat Cik dah tolong bayarkan. Dia ada minta saya serahkan susu pisang ni juga. Katanya khas untuk Cik. Terima kasih ya."
Aku mengerutkan dahi. Ah sudah, siapa pula peminat misteri aku ni? Takkan si lelaki berhoodie hitam tadi?
"Terima kasih ya. S-saya pergi dulu."tuturku pantas. Laju aku berlari keluar daripada kedai 24 jam itu.
Dari jauh, aku dapat melihat susuk tubuh lelaki misteri itu sedang berdiri di satu sudut yang terletak di hujung jalan.
Kepalanya setia memandang ke arah aku. Tangannya diangkat dan satu lambaian kecil diberi olehnya.
"E-encik siapa ye?!"jeritku dengan nada lantang. Perasaan tidak puas hati dan ingin tahu identiti lelaki itu semakin membuak-buak.
Lelaki misteri itu menggelengkan kepala. Beberapa saat kemudian, dia pandang ke hadapan semula sebelum dia bawa diri ke satu lorong gelap.
Perasaan aku kuat mengatakan dia bukan lelaki biasa. Dia ada sesuatu yang dia inginkan.
Dia mahukan aku dan dia mungkin seorang stalker.
---
Selamat membaca.
Bersedia?
Saya berharap prolog dan intro ini tidak membosankan.
*Blekmun*
YOU ARE READING
[C] Her Sweet Stalker | KTH
FanfictionSekuel kepada 'Lelaki Upahan'. "Aku terasa gelisah. Hatiku yakin akan sesuatu. Dia sentiasa mengikuti setiap langkah dan hembusan nafasku." Start : 23/11/2018 #1 in fanfiction ( 12/1/2019) Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pintere...