Her Sweet Stalker | KTH
01
---
01-Silent Kiss
Kedengaran jarum jam berdetik di bilik. Gadis bernama Shin Min Jung itu sedang ralit dilamun mimpi.
Selimut tebal yang menutup keseluruhan tubuh badannya membuatkan gadis tersebut begitu asyik dilamun mimpi.
Sehingga dia langsung tidak sedar pintu dibiliknya dibuka perlahan oleh seseorang.
Susuk tubuh seorang lelaki memasuki bilik gadis itu. Selepas itu, dia menghampiri hujung katil Min Jung.
Pandangannya dilontarkan ke arah gadis yang dirinduinya. Dia hanya ingin singgah sebentar untuk bertemu dengan lebih dekat dengan Min Jung.
"K-kau sihat aje kan? Aku rindu kau budak manja."bisiknya ke telinga Shin Min Jung.
Sesekali Min Jung mengerutkan dahi. Tetapi, lelaki itu menarik nafas lega apabila dia masih tidak mengejutkan Min Jung yang sedang tidur.
Tanpa membuang masa, lelaki misteri tersebut mendekati Min Jung. Mask hitam yang dipakai terus dicampaknya ke tepi katil.
"Aku rindu kau."ujarnya penuh kasih.
---
Aku dapat rasakan jari-jemari kasar seorang lelaki sedang membelai pipiku."Jangan buka mata."
Arahannya ringkas namun bisa menggerunkan hati dan perasaanku.
Badan aku kaku di atas katil. Setiap nafas yang dihela terasa semakin menyesakkan dada.
Aku pasti semua ini hanya mimpi. Semua ini sebuah mimpi yang penuh dusta.
Tidak mungkin sama sekali Kim Taehyung, si lelaki upahan itu hidup semula?
Aku yakin semua ini mimpi semata-mata.
Kelopak mataku masih terpejam rapat. Hidungku cepat menangkap bauan yang hadir daripada lelaki misteri yang menceroboh masuk ke dalam bilik aku pada ketika itu.
Haruman sangat mirip seperti Kim Taehyung. Begitu juga dengan suaranya.
"S-saya pasti bermimpi. Awak tak wujud kan, Kim Taehyung?"
Soalan aku lontar bersama nada sebak. Rinduku yang membuak-buak sememangnya membuatkan aku kadangkala hidup dalam khayalan.
Pipiku berasa hangat. Hidungku bertemu dengan si dia.
"Anggap mimpi ini satu hadiah. Aku sentiasa ada di sebalik kau, Min Jung."
Beberapa saat kemudiannya, bibir aku bersentuhan dengan lelaki misteri tersebut. Sentuhan yang teramat mirip seperti Kim Taehyung.
Lembut sahaja rentak bibirnya bergerak di permukaan bibirku. Bagaikan satu keajaiban, senyuman bahagia terukir kecil di hujung bibirku.
"Kim Taehyung, saya rindukan awak juga."
Luahan perasaanku tidak berbalas selepas itu. Setelah berjaya mengumpulkan kekuatan dalam diri, aku membuka kelopak mata.
Tiada langsung kelibat insan yang sangat dirindui aku sejak sekian lama.
Peluh dingin merenik basah di dahi dan sekitar leherku. Lantas, aku segera menolak selimut tebal yang menyelimuti tubuh badanku.
"A-aku mimpi je kan tadi?"
Jantungku berdegup kencang. Aku merenung tingkap bilik yang terbuka hampir separuh.
Aku rasakan aku berhalusinasi. Tetapi, ternyata ada sesuatu yang aneh sudah berlaku.
Aku sentuh permukaan bibirku yang masih basah. Mataku memerhati pula pintu bilik yang sudah terbuka.
Tubuh yang lesu aku sandarkan di katil. Aku meraup muka dengan tangan yang masih menggigil.
Aku tak gila kan, Kim Taehyung?
Kenapa aku rasakan semua ini seakan benar?
---
A/N:
Kim Taehyung dah buat comeback ye.
Insha Allah, saya jamin keunikan story ini.
Terima kasih kerana sokongan korang yang tidak henti-henti sehingga wujudnya siri kedua.
YOU ARE READING
[C] Her Sweet Stalker | KTH
FanfictionSekuel kepada 'Lelaki Upahan'. "Aku terasa gelisah. Hatiku yakin akan sesuatu. Dia sentiasa mengikuti setiap langkah dan hembusan nafasku." Start : 23/11/2018 #1 in fanfiction ( 12/1/2019) Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pintere...