His Sweet Stalker | KTH
10
----
10-Inspektor Kim, The Only One in My Heart
Bibir milik Shin Min Jung hanya bergerak-gerak menuturkan kata tanpa sebarang suara. Pintu rumah Kim Taehyung direnungnya bersama iringan perasaan bersalah yang menggunung tinggi. Wanita itu tidak mempunyai semangat yang tinggi untuk berhadapan dengan lelaki yang dirinduinya itu. Namun, kedegilannya mengatasi segalanya. Dia nekad ingin bertemu Kim Taehyung bagi meredakan hubungan dingin yang wujud antara mereka berdua.
Sebenarnya dia tidak mahu membiarkan hal ini berterusan. Min Jung menganggap lelaki dingin itu akan datang memujuknya di rumah. Perasaannya semakin hampa apabila Taehyung langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dia ingin meraih kasih Min Jung semula.
Semuanya gara-gara permintaan Min Jung agar Taehyung berhenti mendesaknya untuk meneruskan hubungan romantik yang terjalin sejak dari dahulu.
"Kau buat apa depan rumah aku ni? Pergi balik rumah sekarang, Cik Shin Min Jung."
Suara garau Kim Taehyung menyapa pendengaran wanita itu. Dia menoleh dengan hati yang berbunga-bunga.
Sungguh dia mengharapkan Taehyung terdetik di hati untuk memujuknya pada waktu itu.
"S-saya nak berbincang pasal hal beberapa hari lepas dengan awak. Boleh tak, abang Tae?"
Kim Taehyung memegang kemas bahu Min Jung. Dalam kadar yang pantas, dia menolak Min Jung perlahan ke sisi kirinya.
"Aku minta kau balik rumah. Jangan cuba cari pasal nak berbaik dengan aku pada waktu yang tak sesuai ni. Please, Cik Shin."rayu Taehyung tanpa sebarang nada.
Muka dinginnya jelas menunjukkan dia enggan membenarkan Min Jung untuk masuk ke dalam rumah.
Bukannya dia sudah tawar hati dengan wanita itu. Cuma, dia hanya ingin masa untuk tenangkan diri.
Taehyung bimbang kawalan dirinya akan terbabas keluar dari landasan yang tidak sepatutnya.
Marahnya belum lagi surut gara-gara Jeon Jungkook. Dia tidak mahu Min Jung menjadi mangsa keadaan.
---
"Okay, s-saya faham. Takpelah, kalau macam tu. Saya balik dulu, Inspektor Kim."balas aku dengan patuh sekali.
Sempat aku menjeling password rumah yang ditekannya itu. Nampaknya ada peluang keemasan untuk aku menyelinap masuk ke dalam rumah Taehyung.
Aku berpura-pura masuk ke dalam rumah sebentar. Setelah menunggu hampir 30 minit, aku berjalan keluar perlahan-lahan menuju ke pintu rumah Kim Taehyung.
Jari-jemari aku lincah menekan punat-punat di pintu tersebut. Dalam sekali percubaan, pintu rumah lelaki itu terbuka.
Aku menolak daun pintu. Mataku memerhati segenap ruang rumahnya. Tiada langsung kelibat Kim Taehyung membuatkan reaksi bangga terpamer di wajah aku.
Ini Shin Min Jung, apa-apa pun boleh buat!
Bunyi pancuran air di bilik mandi meyakinkan aku bahawa lelaki itu sedang sibuk membersihkan diri.
Mungkin aku boleh menenangkan diri terlebih dahulu. Nanti aku nak kena berhadapan dengan lelaki dingin itu pula.
Ada kemungkinan besar dia akan mengamuk.
Aku ambil keputusan untuk merebahkan badan di sofa empuk yang terletak di ruang tamu miliknya. Lamunan aku semakin lama semakin bertambah khayal tatkala haruman yang aku sentiasa rindui singgah masuk ke dalam hidung.
Klikk.
Wait , aku baru dengar ada orang kunci pintu rumah. Takkan Taehyung sudah nampak kewujudan aku?
Aku letak telapak tangan di dada yang asyik berdebar disebabkan degupan jantung yang berbunyi kencang. Mata aku terpaku ke arah susuk tubuh Kim Taehyung yang sedang bersandar di pintu rumah.
Wajahnya kekal dingin. Tetapi, mata nakalnya hanya memandang ke satu tempat, iaitu kawasan bibirku.
"Siapa minta sayang sesuka hati masuk dalam rumah Inspektor Kim? Jawab sekarang."soal Taehyung dalam nada perlahan.
Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dada bidangnya. Tubuhnya yang tidak berbaju membuatkan mata aku seakan magnet. Setiap inci tubuh badannya menjadi mangsa pemerhatian mataku.
"S-seksi."
Satu patah perkataan yang hanya mampu dizahirkan oleh bibir aku. Terus meletus ketawa daripada bibir lelaki itu.
Tangan kanannya masih menggenggam erat tuala yang melilit kawasan pinggang hingga ke paras sikunya. Kim Taehyung berjalan menuju ke arah kawasan sofa yang diduduki aku.
"Kau sudi terima aku semula, Shin Min Jung? Kau benar-benar sanggup? Tell me more."
Dia menarik tangan aku untuk diletakkan di wajahnya. Anak mata coklat keperangan itu meminta jawapan yang seikhlas mungkin daripada aku.
"Aku harapkan jawapan daripada kau, Shin Min Jung. Jangan biar aku rasa terdesak. A-aku sentiasa akan menjadi lelaki upahan yang kau cintai selamanya k-kan?"
Aku hanya terdiam. Aku sudah mempunyai jawapannya.
Persoalannya, adakah kita mampu untuk hidup bahagia wahai Inspektor Kim?
-TBC-
A/N:
Semoga bab ini tidak membosankan kalian semua.
Hehehe.
Selesai update untuk minggu ini.
Anak Jeon akan beraksi semula bab selepas ini.
YOU ARE READING
[C] Her Sweet Stalker | KTH
FanfictionSekuel kepada 'Lelaki Upahan'. "Aku terasa gelisah. Hatiku yakin akan sesuatu. Dia sentiasa mengikuti setiap langkah dan hembusan nafasku." Start : 23/11/2018 #1 in fanfiction ( 12/1/2019) Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pintere...