12

4.5K 784 114
                                    

His Sweet Stalker | KTH

His Sweet Stalker | KTH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12-Permainan Bermula

Shin Min Jung hanya mendiamkan diri sejak awal pertemuannya dengan lelaki upahan yang terbaru, iaitu Jeon Jungkook.

Fikirannya masih kusut memikirkan perasaannya terhadap Kim Taehyung. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kedatangan Jungkook sebagai penjaga terbarunya.

Min Jung menoleh kepala ke belakang apabila dia tersedar namanya diseru oleh suara lelaki itu.

---

"Cik Shin Min Jung, kau okay ke?"soal Jungkook lalu dia mengambil tempat duduk di sofa berhadapan denganku.

Wajahnya masih kekal kacak seperti pertemuan pertama kami pada zaman persekolahn dahulu. Bibirnya tersenyum manis dan matanya memandang tepat ke arah anak mataku.

"Aku okay je. Aku tak sangka kau akan jadi penjaga aku pula. Dah hebat kau sekarang ni, Jeon Jungkook. Apa-apapun, aku nak ucapkan tahniah untuk kau. Kerja dah dapat, wife bila pula?"aku berjenaka sekadar ingin mengusik sahabat baikku itu.

Jungkook menyiku lembut bahuku. Kedua-dua telapak tangannya digosok ke atas pipinya yang sudah merah.

"A-aku mana ada calon. Lagilah nak ada niat untuk kahwin. Yang ada depan mata pun, aku masih tak dapat. Takda maknanya aku nak kahwin, Min Jung."jelas Jungkook panjang lebar.

Dia bermain-main dengan jari-jemarinya. Matanya dihalakan ke lantai. Besar kemungkinan anak Jeon ini malu kerana aku membangkitkan isu bakal isteri.

"Sampai bila kau akan berkhidmat sebagai lelaki upahan aku?"soal aku dalam nada teruja. Aku mencuit pipi lelaki itu. Namun, tiada respons yang datang daripadanya.

---
Ternyata Jeon Jungkook lebih pantas bertindak. Dia berdiri menghadap sahabat baiknya. Tangan kanannya menarik tubuh badan Shin Min Jung agar mereka dapat sama-sama berdiri menghadap wajah masing-masing.

"Sampai nama aku dapat gantikan nama si dia."tuturnya perlahan agar Min Jung tidak dapat mendengarinya.

Kedua-dua lengan kekar Jungkook memeluk pinggang ramping milik Min Jung.

Anak matanya tajam memerhati satu susuk tubuh yang sedang ralit melihat gelagatnya dengan Min Jung daripada tingkap rumah yang bertentangan.

Pandangan mereka saling bertemu.

Hujung bibir Jungkook menaik sedikit dan akhirnya, senyuman penuh makna dihadiahkan kepada buah hati kesayangan Min Jung.

Permainan baru bermula. Inspektor Kim sudah masuk di dalam perangkapnya.

-TBC-

[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now