15

4.1K 708 155
                                    

His Sweet Stalker | kth

His Sweet Stalker | kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


15-Danger

Aku sendiri berasa tidak sedap hati apabila bayangan Inspektor Kim dan Inspektor Jeon muncul silih berganti di dalam fikiranku.

"Cik Shin Min Jung dah siap ke?"ujar satu suara yang cukup familiar di telinga aku.

Aku memerhati penampilan diriku dari atas ke bawah pada hari ini. Gaun bercorak bunga kecil dengan labuh yang mencecah bawah lutut.

Semuanya cukup ringkas dan sopan untuk aku pakai bagi menghadiri sesi interview kerja kosong yang baru aku minta baru-baru ini.

Saat pintu bilik dibuka, wajah Inspektor Jeon yang juga merangkap sahabat baikku menjengah pandangan mata.

Bibirnya tersenyum manis. Jungkook memaut bahuku agar tubuh badanku rapat kepadanya.

"Cik Min Jung, dah ready nak pergi kerja?"

Aku mengangguk penuh semangat. Lantas, lengan kekarnya aku capai mesra.

"Sudah tentulah Inspektor Jeon. Jom lah cepat. Kita singgah makan breakfast dulu kat mana-mana tempat dan kita gerak terus ke tempat kerja baru saya. Boleh?"

Pertanyaanku membuatkan lelaki itu tergelak comel. Kepalanya mengangguk faham sebelum langkah kami berdua menuju keluar dari pintu rumah.

Aku harap hari ini semuanya akan berjalan baik-baik sahaja.

---

Jeon Jungkook, seorang lelaki yang boleh digelar lelaki cukup pakej 2 dalam 1.  Di luarannya, dia merupakan seorang Inspektor yang bertugas untuk menjaga Min Jung.

Manakala, dalamannya begitu sadis. Dia adalah pembunuh dalam senyap. Detik-detik masa ditunggunya penuh sabar agar mangsanya akan mati jua akhirnya.

Jari-jemarinya menggenggam erat stereng kereta itu. Hujung matanya menjeling wajah cantik milik Shin Min Jung.

Hari ini merupakan hari pertama wanita itu hadir ke sesi temuduga sebagai barista di sebuah kedai kopi ternama di Bandar Seoul.

"Hari pertama kau temuduga. Hari ini jugalah detik kematian teman lelaki kau bermula. Bijak kan aku?"monolognya sendirian.

Wajah sinisnya terpapar di cermin kereta. Jungkook tergelak suka. Dia berasa seronok kerana rancangannya pada hari pertama itu berjalan lancar.

Rancangannya meracuni Inspektor Kim menggunakan nama Shin Min Jung nampaknya akan membuahkan hasil.

"Aku tak sabar tunggu kesan racun tu dekat buah hati kesayangan kau, Min Jung. Dia akan membunuh Kim Taehyung dalam senyap."

---
Kim Taehyung mengambil minuman bertin yang diberi oleh kekasih hatinya, Shin Min Jung.

Luaran tampak ego. Dalamannya, dia begitu dambakan kasih si wanita itu.

"Pandai betul kau nak pujuk aku, Min Jung. Nakal."pujinya lagi.

Taehyung merenung air bertin berperisa coklat itu. Air minuman yang sentiasa menjadi kegemarannya.
"Pandai pula ceroboh masuk dalam rumah aku sekali lagi. Kali ni aku tak sedar pula kau curi-curi masuk?"soalnya lagi.

Lelaki itu menyandarkan badannya di dinding dapur. Air minuman bertin itu ditenungnya dengan perasaan bahagia.

Hujung bibirnya terukir senyuman kecil. Taehyung rindukan Shin Min Jung. Tetapi, dia perlu jauhkan diri daripada wanita itu buat sementara waktu.

Lagipun, dia bukan lelaki upahan Min Jung.

Air itu diteguknya rakus. Taehyung berhenti seketika sebelum nota kecil yang dilekat di permukaan tin itu ditelitinya.

Ayat-ayat puitis dan romantis seperti Min Jung. Tetapi, Taehyung sedar akan sesuatu. Terdapat sedikit kelainan pada tulisan hangul yang tercoret dengan pen warna merah itu.

"I-ini bukan Min Jung."

Taehyung meramas tin itu sehingga kemik. Tekaknya mengambil masa untuk memproses kandungan minuman itu.

Saat dia memperoleh jawapan, Taehyung jatuh terduduk. Matanya merenung tin yang sudah kemik itu.

"Kau letak racun dalam minuman aku, g-gila."

-TBC-

A/N:

Saya sempat letak update sebelum saya mula exam esok.

Hehe. Insha Allah saya akan cuba aktifkan semula cerita ini dalam beberapa hari lagi.

 Insha Allah saya akan cuba aktifkan semula cerita ini dalam beberapa hari lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Terima kasih. We're #1 in fanfiction today."

💞💞

[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now