7

5.2K 903 107
                                    

Her Sweet Stalker | KTH

07

---

07-Sinful Seduction

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

07-Sinful Seduction

Aku meletakkan jari perlahan-lahan di atas permukaan kulit wajah milik Kim Taehyung.

Begitu kacak wajah lelaki yang dahulunya aku benar-benar sangka dia sudah pergi meninggalkan aku sendirian.

Kelopak matanya yang masih bertutup menyebabkan aku dapat menarik nafas lega. Aku menyentuh pula permukaan kedua-dua bibir aku yang sudah memerah dan membengkak gara-gara tindakan mengejut lelaki itu.

"Kim Taehyung, awak buat saya makin sayang. Tetapi, saya tak akan t-terima awak semudah itu."bisikku lagi.

Tangan kananku cuba mengalihkan lengan sasanya yang melingkari kawasan pinggangku. Semakin lama, pelukannya semakin erat.

Lelaki itu seolah dapat mengesan keinginan aku untuk beredar daripada rumahnya.

"K-kau jangan tinggalkan aku, Shin Min Jung. Jangan bagi Inspektor Kim mengamuk. Please."rayunya dalam nada suara sedikit serak.

Aku menahan sabar. Degupan jantung sendiri  bertukar rentak menjadi tidak stabil. Lelaki ini mampu buatkan sisi lemah aku runtuh begitu sahaja.

Keinginan hati mendesak agar aku menerima Kim Taehyung semula. Namun, ada satu suara yang menyuntik satu mesej penting kepada aku.

Aku tidak akan biarkan dia dapatkan aku dengan mudah.

Kau seksa perasaan aku Taehyung untuk sekian lama.

Jadi, tidak mungkin aku akan biarkan lelaki ini kembali merampas hati aku begitu mudah.

----
Kim Taehyung melepaskan pelukan eratnya ke atas tubuh badan Min Jung apabila wanita itu bergelut ingin melepaskan diri daripadanya.

Bibirnya mengukir senyuman kelat. Anak mata warna coklat keperangannya setia memandang wajah Shin Min Jung.

"T-takkan kau tak dapat maafkan aku, Min Jung. Aku ada sebab. Tolong terima aku semula, sayang?"pinta Taehyung bersama nada yang kasihan.

Bagaikan lelaki yang sudah lama hidup menanggung rindu yang terpendam, anak matanya tidak dialihkan daripada menatap wajah wanita itu.

"Saya tekad. Saya tak akan terima a-awak,Kim Taehyung. Ingat, semua ini adalah balasan terhadap tindakan awak kepada saya."balas Min Jung.

Tangannya menolak bahu Kim Taehyung. Dia segera menuruni katil itu dalam kadar yang pantas.

"Jangan kejar saya lagi. B-berikan saya masa, Kim Taehyung."jelasnya lagi.

Min Jung mencapai pakaiannya yang bertaburan di atas lantai. Wanita itu kemudiannya menyarungkan tubuh dengan pakaian sebelum kakinya mula menuju ke arah pintu bilik.

"K-kau cintakan aku, Shin Min Jung. I knew it."

Tutur Kim Taehyung dalam nada sayu. Saat pintu bilik itu ditutup oleh Shin Min Jung, lelaki itu bangkit daripada pembaringan.

Tangannya mengepal penumbuk. Segala amarah dan perasaan kecewa mendorong Taehyung untuk bertindak di luar kawalan.

Habis segala pelusuk rumah yang disewanya menjadi semak dan bersepah.

Semuanya gara-gara amukan si Taehyung.

Rindunya tidak berbalas. Kasihnya ditolak oleh Min Jung.

Hatinya terlalu sakit untuk menerima akibat daripada perbuatannya.

-TBC-

A/N:

Makin interesting .

Itu belum saya munculkan Inspektor Jeon Jungkook.

Komen mengenai bab terbaru?

Votes jangan lupa. 🎈😳

[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now