Bab Akhir: 20

5.3K 842 209
                                    

Her Sweet Stalker • kth

Recommended ost: Ending Scene Jjk

Recommended ost: Ending Scene Jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20-Cruel Fate

Suasana tegang menguasai keadaan sekeliling. Bunyi nafas yang dihela kasar oleh Jeon Jungkook dan Shin Min Jung membuatkan detik-detik terakhir itu menjadi satu debaran yang menggila.

Jungkook menghamburkan gelak tawa yang sinis. Jari-jemarinya sibuk membilang baki masa yang tinggal untuk Min Jung melepaskan tembakan itu.

"Aku benci orang yang suka buang masa. Ayuh Min Jung! Apa susah sangat? Tarik picu tu. Aku tak sabar nak berbahagia dengan kau."provok Jeon Jungkook.

Lelaki kejam itu tersenyum sumbing. Matanya menanti penuh sabar tindakan gila yang bakal dilakukan oleh Shin Min Jung.

Jungkook mengetap gigi dalam diam. Semuanya salah keluarga Shin. Sampai mati pun Jungkook tidak akan maafkan darah keturunan keluarga Shin termasuklah Min Jung sendiri.

"Keluarga kau terutamanya ayah kau yang terlalu gilakan kuasa begitu sanggup aniayai omma aku. Tak cukup dengan rampasan syarikat omma aku, nak tahu ayah kau buat apa lagi herm?"jerkah Jungkook.

Min Jung menangis teresak-esak. Seluruh tubuhnya menggigil takut kerana disergah oleh lelaki itu.

"Ayah kau..Encik Shin upah pembunuh untuk tamatkan riwayat omma aku. Bahagia hidup aku? T-tak Min Jung. Hidup aku sudah hancur sejak pemergian omma."

Jungkook menekup wajahnya. Air mata yang mengalir keluar terus disekanya pantas.

----

"Jadi, keluarga kau berhutang nyawa dengan aku. Kau tarik aje picu tu. Aku nak tindakan kau ini dapat legakan hati aku walaupun sedikit."luah Jungkook.

Anak matanya membawa beban perasaan sedih yang ditanggung lama. Aku merenung pistol yang diletakkan di tengah dahi Inspektor Kim.

"Min Jung, tatap mata aku. Aku nak kau jangan buat apa-apa benda bodoh. Aku sanggup Min Jung. Tarik picu tu dan aku nak kau lari dari sini. Please, sayang."bisik Taehyung.

Aku sentuh perlahan permukaan wajah Kim Taehyung. Masa hanya berbaki sedikit. Mulut Jungkook sudah mula mengira angka sepuluh.

"Sepuluh, sembilan,lapan.."

Maafkan aku Taehyung. Maafkan aku.

Setiap hutang perlu dijelaskan bayarannya. Nyawa omma Jungkook dilupuskan di tangan appa ku sendiri.

"Maafkan saya Jeon Jungkook. Saya bayar hutang nyawa itu dengan n-nyawa saya."

Aku mengalihkan pistol dari dahi Taehyung. Lubang pistol ditekan lembut di permukaan dadaku.

Jantung yang berdenyut kencang tidak dapat menghentikan keputusan muktamad aku.

Taehyung, aku minta maaf ya?

Kelopak mata aku tutup rapat. Picu pistol ditarik tanpa rasa kecut sedikitpun.

-----

Jungkook berlari laju. Dia enggan menoleh ke belakang. Hatinya mendesak agar dia membawa Min Jung ke hospital.

Perasaan dendam mengatasi segalanya. Jungkook menyesal kerana dia terlalu ikutkan desakan hati. Namun,perbuatan kejam yang melibatkan nyawa seseorang ini bukanlah sesuatu yang dibuat main oleh lelaki itu.

Jungkook memasukkan kunci kereta. Pistol yang tercalit darah Min Jung dicampaknya ke dalam semak. Pedal minyak segera ditekan. Kereta yang dipandu Inspektor Jeon beredar laju meninggalkan kawasan stor itu.

---

Setahun kemudian

Taehyung mengelap peluh dingin yang membasahi dahi. Dia bercadang ingin melelapkan mata sebentar.

Lain pula yang dia dapat. Mimpi sadis itu berulang semula selepas beberapa minggu kesihatan mentalnya pulih seperti sedia kala.

"M-min Jung. Sayang muncul lagi dalam mimpi? Wae?"

Botol ubat yang diletak di meja katil bersebelahan tempat tidur diambil oleh Taehyung. Lelaki itu tergesa-gesa menelan ubat yang disediakan pihak hospital.

"Aku rindu kau sayang."luah Taehyung dalam nada sayu. Rintihan kecilnya bertukar menjadi esak tangis yang tidak terkawal. Tubuh badan Taehyung menggigil teruk.

Dia cuba lupakan memori gelap antara dia dan Min Jung. Setiap kali dia sudah beransur baik, mimpi itu muncul kembali.

Taehyung, bangun dari realiti. Shin Min Jung sudah tiada di dunia ini.

Realiti yang pahit. Hubungan cinta yang tidak kesampaian. Heroin utama berpisah dunia dengan heronya.

Bangun Taehyung. Sedarlah.

----

"Aku sedar kau dah tiada. Tapi, aku degil Min Jung. Mulut kata ya. Hati sendiri pula tak relakan pemergian kau."

Sejambak bunga ros putih diletakkan  di atas kubur Shin Min Jung. Taehyung menyentuh permukaan wajahnya yang sembap akibat terlalu banyak menangis.

"Aku sayang kau. Cinta aku tak akan pernah pudar untuk Shin Min Jung seorang. Saranghae."tutur Taehyung.

Pandangan matanya ditumpukan ke arah langit yang mula berubah mendung. Senyuman bahagia ketika kali pertama hatinya diusik oleh cinta si Min Jung terukir sebentar.

Ianya tidak lama sebelum senyuman manis Taehyung lenyap dari wajah muramnya.

Taehyung membuka payung apabila titis-titis air hujan menitik jatuh di atas permukaan wajahnya.

"A-aku minta diri dulu ya Min Jung? Hujung minggu ni aku datang semula lawat kau. Rehatlah sayang."pinta Taehyung.

Taehyung melontarkan pandangan terakhir ke arah pusara yang tertera nama wanita kesayangannya itu.

"Aku sedar semua ini bukan lagi mimpi. A-aku terpaksa lepaskan kau sayang. Selamat tinggal Shin Min Jung."lafaznya jujur , diiringi rasa rindu yang tersimpan lama.

-Tamat-

A/N:

Hai semua. Akhirnya, sekuel/siri kedua 'Lelaki Upahan' melabuhkan tirai pada awal tahun 2019.

Maafkan saya juga jika karya ini tamat bersama penamat yang sedih.

Manusia tidak akan kekal. Namun, hati yang ikhlas mencurahkan kasih sayang yang tulus pasti akan dikenang untuk selamanya.

Taehyung,bertabah.

Min Jung, sayonara.

Terima kasih semua. Saya tamatkan karya ini dengan rendah hati.

🌸


[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now