Her Sweet Stalker | KTH
08
---
08-Inspector's Kim Rival
Aku mendekatkan telinga di dinding. Bunyi barang dan perabot yang dihempas ke bawah serta-merta membuatkan diri aku terasa takut.
"J-janganlah marah, Inspektor Kim. Saya cuma perlukan masa je."aku keluh perlahan.
Aku bawa langkah untuk dituju ke arah bilik. Lebih baik aku berkurung sahaja di dalam rumah. Bimbang jika keluar, aku pula kena menghadap amukan si Taehyung itu.
---
*Pagi*
Kim Taehyung meletakkan telefon pintarnya di atas paha. Tangan kirinya pula pantas membalut tangan kanannya yang sudah luka disebabkan kerana amukannya semalam.
"S-sakit tak hilang lagi. Si Seokjin dah minta aku lapor diri."bebel Taehyung.
Apabila selesai sahaja membalut tangan yang luka, jaket berwarna biru gelap disarungkan olehnya agar pakaian seragam polis yang dipakai Taehyung tidak kelihatan pada pandangan mata jiran-jirannya.
Bibirnya menguntum senyuman pahit tatkala wajah comel Shin Min Jung muncul secara tiba-tiba.
Hati lelakinya begitu lemah akibat penerimaan negatif wanita itu terhadap kemunculan mengejutnya.
Taehyung yakin akan sesuatu. Min Jung pasti akan menerimanya semula.
---
Ibu Pejabat Polis Bandar Seoul
"Aku nak kenalkan kau dengan rakan sekerja baru. Memandangkan kau pernah handle kes Shin Min Jung dulu. Aku nak kau guide anak buah kau."ujar Kim Seokjin penuh semangat.
Suaranya lantang menerangkan serba-sedikit arahan yang perlu dilakukan oleh Kim Taehyung.
Pintu pejabat Kim Seokjin diketuk oleh seseorang dari arah luar. Seokjin sempat memberi pandangan penuh makna kepada Kim Taehyung sebelum suaranya menjemput orang itu masuk ke dalam bilik mereka.
"Kenalkan anak buah terbaru kau, Inspektor Kim. Nama dia Jeon Jungkook. Aku dapat arahan dari pihak atasan yang kes Shin Min Jung dibuka semula untuk siasatan. Dia akan jaga Min Jung sama seperti kau dahulu. Kau cuma perlu bimbing dia."jelas Seokjin panjang lebar.
Kening Kim Taehyung berkerut menahan segala jenis perasaan yang sememangnya ingin meletup saat itu juga.
Tangannya mengepal penumbuk. Lantas, dia menghentakkan penumbuk tersebut di atas meja besi yang memisahkan dia dan Seokjin.
"K-kalau aku tolak? Maaf. Aku tak akan guide budak Jeon ni. Aku minta kau tukar orang lain. Pilih perempuan."bantah Kim Taehyung.
Apabila dia memikirkan segala kenangan dan momen sewaktu dia bergelar lelaki upahan kepada Min Jung, dia tidak rela.
Dia sendiri takut hak miliknya akan dirampas oleh orang lain.
"Inspektor Kim, jangan ingat aku tak tahu hubungan sulit kau dengan budak jagaan kau tu. Jadi, aku dah tak boleh pilih kau sebab kau dah langgar etika , Kim Taehyung. Tak ingat?"bisik Seokjin dalam nada perlahan.
Dia menggenggam erat pergelangan tangan Kim Taehyung.
"Aku minta kau guide anak buah kau ni. Jeon Jungkook akan jadi lelaki upahan terbaru untuk Shin Min Jung. Perkenalkan Jeon Jungkook."
Kim Taehyung merengus kegeraman. Matanya menjeling tajam ke arah kelibat Jeon Jungkook yang sedang berdiri di satu sudut bilik bersama senyuman kekok di wajahnya.
"Jeon Jungkook, kau datang sini. Aku nak ajar kau sikit."
-TBC-
A/N:
Inspektor Jeon sudah muncul.
Hehehehehe.
Ayuh meriahkan bahagian komen. Dah bersawang story ini. 😂
YOU ARE READING
[C] Her Sweet Stalker | KTH
FanfictionSekuel kepada 'Lelaki Upahan'. "Aku terasa gelisah. Hatiku yakin akan sesuatu. Dia sentiasa mengikuti setiap langkah dan hembusan nafasku." Start : 23/11/2018 #1 in fanfiction ( 12/1/2019) Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pintere...