1- Salah

6.2K 118 2
                                    

Engkau takdirku

1

"Akak sara!!" Jerit seorang budak lelaki dan perempuan depan pintu sebaik sahaja nampak seseorang masuk dari pagar itu

"Iye? Tunggu akak ke ni?" Tanya sara dan bongkok depan 2 budak itu

"Haah kitaorang semua tunggu akak" kata irfan dan sengih

"Ni dah mandi belum ni?" Tanya sara

"Aisyah dah mandi..ni irfan tak mandi lagi" kata aisyah pulak yang menyambut kepulangan dia tadi

"Irfan kenapa tak mandi lagi? Dah nak maghrib dah ni" kata sara

"Irfan! Aisyah! Kalau iye pun bagi kak sara tu masuk dulu" tegur umi iaitu penjaga rumah anak anak yatim ini

Sara berdiri semula dan salam umi

"Kitaorang rindu kak sara sebab tu tak sabar nak jumpa" kata irfan

"Mengada erk" kata sara dan sengih dengan perangai comel irfan

"Dah irfan pergi masuk mandi....aisyah duduk dekat kakak dekat dalam" suruh umi

"Baik umi!!" Jerit mereka berdua dan lari masuk dalam rumah tu

"Macam mana kerja harini okey?" Tanya umi

"Okey je umi..cuma tu la stock buku baru sampai tadi jadi penat sikit la nak susun,simpan stock semua" kata sara dan terus menuju ke dapur

"Biasa la..takde pun kerja yang tak penat" kata umi

"Umi masak apa harini?" Tanya sara

"Masak lauk biasa je...ni budak budak ni yang mintak" kata umi sambil ceduk lauk dan masukkan ke dalam mangkuk

"Umi rehat la..biar sara buat" kata sara

"Sara tu yang kena rehat..dah pergi naik atas mandi..kejap lagi nak maghrib pulak" suruh umi

"Okey" jawab sara dan mula tinggalkan dapur

-skip-

-meja makan-

"Sara esok kamu kerja full ke?" Tanya umi

"Haah umi.kenapa?" Tanya sara yang melayan adik adik dia makan

"Sebab orang yang selalu bagi sumbangan dekat sini nak datang esok..dia cakap dia nak jumpa budak budak ni..rindu lama tak jumpa katanya" kata umi dan sengih

"Baik orang tu kan umi...sedekah dekat sini..semoga rezeki dia bertambah baik" kata sara dan pandang umi dia

"Itu la...dah la hensem,baik,penyayang single lagi" puji umi

"Amboi umi,puji nampak" tegur sara dan sengih

"Betul la..mungkin kalau dengan kamu sesuai" kata umi

"Ish umi ni..kesitu pulak...siapa nak sara ni umi..tak cantik pun" kata sara merendah diri

"Siapa cakap akak tak cantik? Akak cantik la..comel" puji harriz pulak yang berumur 7 tahun

"Iye? Betul akak cantik dan comel?" Tanya sara pulak

Mereka semua dekat meja makan tu anggukkan kepala mereka laju laju

Penghuni rumah ini takde la ramai mana..kanak kanak dalam 15 orang..umi,sara pak halim tukang kebun jadi dalam 18 orang je duduk sini....

"Semua dah habis makan?" Tanya umi

"Dah!" Jawab semua dekat meja makan tu serentak

"Okey semua boleh basuh tangan,naik atas solat isyak sama sama" kata umi dekat mereka semua

[C] Engkau TakdirkuWhere stories live. Discover now