50- tak terima

1.2K 58 10
                                    




"Mama, ni alif bawakan sara yang alif cakapkan tu." Ujar alif dan kenalkan sara dekat datin suraya. Sara hampiri datin suraya dan mula menyalami datin suraya. Baru sahaja dahi sara nak menyentuh didahinya, tangan datin suraya segera ditarik.

"Ha duduklah." Jemput datin suraya.

Sara anggukkan kepala dia dan duduk disofa diruang tamu rumah keluarga alif.

"Ni ke yang alif suka dan sayang sangat ni?" Tanya datin suraya dekat alif. Sara yang dengar berpaling ke arah alif.

"Mama." Tegur alif dan pandang datin suraya.

"What? Alif yakin nak jadikan sara ni isteri alif? Tahu asal usul dia? Tahu dimana keberadaan mak ayah dia? Dan alif yakin ke dia anak dari hubungan halal atau haram?" Soal datin suraya dan cukup membuatkan alif dan sara terkejut.

"Kenapa terkejut? Terkejut sebab mama tahu semua benda walaupun alif tak cakap apa apa? Alif mama dah siasat dah pasal perempuan ni. Dia membesar dekat rumah anak yatim tanpa tahu asal usul dia. Iye mama cakap dia cantik, tapi mama taknak nanti cucu cucu mama dari keturunan yang tak entah apa apa? Kita tak tahu latar belakang dia alif." Ucap datin suraya.

"What?! Mama siasat pasal sara without telling me? Ma, what are you doing now was wrong. Dan apa yang mama siasat tu salah tahu tak. Sara anak dari hubungan yang halal. Keluarga dia pun kita kenal ma." Ucap alif backup sara.

"Siapa keluarga dia? Ada bukti ke? Mama tahu alif sayang dan cintakan sara but tak payah la nak backup dia. Mama cakap mama tak suka tak suka." Bangkang datin suraya.

"Mama, sara anak kepada datin qairina ma, kawan baik mama." Ucap alif lagi.

"Kamu nak menipu apa? Datin qairina sendiri cakap anak perempuan dia hilang dan tak tahu dekat mana, sekarang kamu kata dia anak kepada datin qairina? Nonsense!!" Marah datin suraya.

"Ma, it true ma. Alif yang buat ujian dna dekat sara dan datin qairina. Alif yang buat mma alif yang siasat semuanya." Ujar alif lagi mempertahankan sara.

"Dah la, walaupun alif yang buat, boleh je doktor tu tukar benda itu. Percaya la sangat dekat keputusan dna tu. Dah sekarang mama nak bawa sara keluar dari rumah ni sekarang!!" Marah datin suraya dan bangun tinggalkan ruang tamu itu.

"Mama!!" Panggil alif tapi sara pegang lengan baju alif.

"Takpe la awak, mama awak tak restu hubungan kita." Ucap sara perlahan dan dengan suara seperti nak menangis.

"No, saya akan pujuk mama saya supaya kita boleh kahwin." Ucap alif lagi tak mengalah.

"Alif, kalau awak pujuk pun, kalau mama awak tak restu, tak gembira alif rumah tangga kita." Ucap sara lagi seakan memujuk alif.

"Then awak taknak kita kahwin ke?" Tanya alif risau.

"Nak, saya sayang awak. Tapi bila kita kahwin, syurga awak bawah kaki mama awak. Mungkin bukan jodoh kita." Ucap sara lagi mengalah.

"No! Sara! Tak!! Whatever happen u still will be my wife!!" Bentak alif.

"Tapi mama awak tak setuju, kita tak boleh buat apa apa alif." Ucap sara lemah.

"Kita abaikan mama dan kita kahwin lari. Tak dapat restu mama saya takpe, mama awak, keluarga awak boleh restu hubungan kita." Ucap alif mengalah.

"Alif, no! Kalau awak buat keputusan ni, saya pasti keluarga saya pun tak benarkan. Percaya cakap saya, mungkin mama awak tahu yang awak akan dapat yang lagi baik dari saya, dan mungkin juga saya begitu. Tak baik lawan cakap mama awak. Dia ada hak untuk tentukan masa depan awak." Pujuk sara.

"Saya cintakan awak, dan saya cuma mahu awak jadi isteri saya itu je. Saya tak minta banyak pun. Bila la saya jadi anak derhaka asalkan saya dapat jadi suami awak." Ucap alif.

"Tak alif, saya tak benarkan. Mama awak ada awak je sebagai anak dia, jadi dia nak yang terbaik untuk awak." Ucap sara lagi.

"Bagi saya awak terbaik buat saya." Ucap alif dan sara gelengkan kepala dia.

"Bagi awak ye, mungkin bagi mama awak tak. Alif saya minta diri dulu. Kalau kita ada jodoh, kita pasti bersama semula alif. Terima kasih bawa saya datang sini jumpa mama awak, assalammualaikum." Ucap sara dan berdiri depan alif. Sara berjalan perlahan lahan ke pintu rumah alif.

"Saya hantarkan." Ucap alif dan sara dapat lihat bahawa alif menahan air mata dia dari menitis.

"Takpe, saya boleh balik sendiri." Ucap sara dan terus keluar tinggalkan alif.

"Sara!!!" Jerit alif kuat.

"Jangan tinggalkan saya!!!!" Jerit alif lagi.









"Alif kamu ni kenapa? Mimpi apa?" Tanya datin suraya yang duduk ditepi katilnya.

Alif buka mata dan tengok keadaan sekeliling. Dia kini berada diatas katil, didalam bilik tidurnya dan memakai baju tshirt putih dan seluar tracksuit. Alif hembuskan nafas dia dan pandang mama dia, datin suraya.

"Kamu tidur basuh kaki tak? Kuat betul kamu menjerit. Kelam kabut mama datang naik atas tengok kamu meracau atas katil ni. Siap panggil nama sara. Entah siapa sara tu pun tak tahu." Bebel datin suraya dan berdiri ditepi katil alif.

"Mimpi rupanya ma. Alif ingatkan betul betul. Mama nak tahu tak, alif mimpi bawa bakal isteri alif, tapi mama tak setuju dan dia tinggalkan alif sebab tu menjerit." Terang alif.

"Baguslah tu dah jumpa bakal isteri, nanti bawa jumpa mama dan papa. Lagi cepat lagi bagus. Mama pun tak sabar nak jumpa bakal menantu kamu tu." Ucap datin suraya.

"Mama setuju?" Tanya alif inginkan kepastian.

"Dah kalau anak mama suka, mama setuju je la, yang penting cantik, dan boleh buat anak mama bahagia dah cukup." Ucap datin suraya.

"Mesti mama suka, nanti alif bawa dia jumpa mama dengan papa." Ucap alif.

"Hurm iyelah, ni mandi turun sarapan." Ucap datin suraya dan keluar dari bilik tidur alif.

BERSAMBUNG

HAHAHHAA SO HOW BEST TAK?

JANGAN LUPA VOMMENT OKAY!!!

[C] Engkau TakdirkuWhere stories live. Discover now