※
※
※
※"Adik, alif. Masuk mama papa suruh." Tegur asyraff.
"Okay. Jom masuk." Ajak sara dan berdiri diikuti alif disebelahnya. Mereka sama sama masuk kedalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Sara duduk disebelah datin qairina manakala alif duduk disebelah asyraff.
"Sara, auntie nak minta maaf atas apa yang berlaku sekarang. Dan alif juga beritahu auntie yang sara marahkan dia. Jadi kami datang sini nak bincang elok elok." Ujar datin suraya dekat sara.
"Bincang apa?" Tanya sara dan pandang datin suraya dan mereka semua yang berada diruang tamu itu.
"Auntie dengan uncle dah bincang yang kami setuju untuk satukan sara dengan alif." Ujar datin suraya dengan senyuman terukir dibibir.
Membesar mata sara bila dengar apa yang datin suraya ucap tadi. Sara pandang alif inginkan kepastian, alif angguk kepala dia tanda betul dengan apa yang datin suraya kata tadi.
"Betul ke ni?" Tanya sara seakan masih tak percaya akan berita ini.
"Iye sayang, sara dengan alif akan berkahwin. Dan alif pun dah beritahu mama, yang kamu berdua berkahwin selepas sara habis belajar dan juga lepas abang Farhan kahwin." Ujar datin qairina pula.
"Sara setuju?" Tanya datin suraya dan sara segera anggukkan kepala dia dengan laju.
"Amboi, tak menyabar erk. Laju je setujunya." Usik asyraff dan sara jelir lidah dekat asyraff.
(...)
selepas 2minggu sara kembali semula ke england untuk sambung pembelajaran dia selepas sebulan bercuti. Sara kini duduk disebelah daniel seperti biasa didalam kelas sambil membuat nota ringkas didalam buku mereka.
"Okay guys, we will end our class till here. See you guys next week." Ujar pensyarah itu sebelum keluar dari kelas. Sebaik sahaja pensyarah itu keluar, sara dan daniel juga turut keluar dari kelas dan menuju ke cafeteria.
Setelah selesai membeli makanan, mereka berdua duduk dimeja kosong.
"Kenapa monyok ni?" Tanya daniel yang nampak sara tak bersemangat dan sedih tu.
"Alif." Jawab sara sepatah.
"Kenapa dengan dia? Dah ada kekasih baru? Tak jadi nak kahwin? Ke dah kahwin dan ada anak dalam diam?" Tanya daniel yang sempat gurau dengan sara tapi sara pandang daniel dengan pandangan yang sangat tajam.
"Mulut tu kalau tak puaka tak boleh? Nak mati dekat sini ke?" Marah sara.
"Sorry, i just a joke. So tell me what wrong? Tell me. What he do until u sad like this? I will inform your brother about him." Ujar daniel prihatin.
"Dia tak balas chat dari semalam. Tahu dia busy, tapi dia sendiri pernah cakap, walaupun dia busy he will try to spend time with me. Tak kesah la chat ke, call ke video call ke ni tak. Reply pun tak. Ke dia dah bosan erk sebab berjauhan dengan dia jadi dia ada perempuan lain untuk dia hilangkan bosan dia?" Terang sara.
"Ya allah, u think so negative. Mana tahu dia tertidur ke, bateri habis masa nak reply ke atau dia memang busy sampai lupa nak reply. Nanti balik try call dia balik, mesti dia angkat, jangan la think negative sangat." Pujuk daniel.
YOU ARE READING
[C] Engkau Takdirku
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -1 IN ALIF (20/11/19) -1 IN CINTATIGASEGI (20/11/19) -1 IN GARANG (20/11/19) -6 IN SARA (30/11/19) - 1 IN HILANG (3/12/19) ----------------------------------------- Qaisara Humairah yang dibesarkan dekat rumah yatim piatu pada um...