Alif pergi ke rumah keluarga sara, untuk bawa sara ke rumahnya untuk berjumpa dengan keluarganya. Alif dah pun inform sara tentang hal ni, pada mulanya sara taknak sebab dia malu, akhirnya sara setuju bila alif pujuk dia.
Pintu rumah dibuka oleh nenek sara dan asyraff iaitu Nek Qasmah. Alif menyalami Nek Habsah.
"Kamu datang sini kenapa? Jumpa sara?" Tanya nek qasmah.
"Haah nek, dia ada?" Tanya alif sopan.
"Ada je tu, tapi entahlah dia buat apa dekat dapur tu. Dari tadi semua yang masuk kedapur kena halau dengan dia." Terang nek qasmah.
"Ha? Dia buat apa tu?" Tanya alif dan duduk disofa.
"Tak tahulah nenek dia buat apa." Jawab nek qasmah dan tengok tv manakala alif anggukkan kepala dia. Mata alif melilau pandang keadaan sekeliling dalam rumah itu. Setelah memastikan tiada sesiapa disekitar situ, alif mula pandang nek habsah.
"Nek, kalau alif nak tanya nenek 1 soalan boleh?" Tanya alif dan pandang nek habsah yang leka menonton televisyen tu.
"Tanyalah. Kalau nek boleh jawab, nek jawab." Ujar nek qasmah.
"Kenapa nenek bersekongkol dengan keluarga datin atikah? Kenapa nenek bagi idea untuk jauhkan atilia dari keluarga kandung dia? Kenapa nek?" Tanya alif ingin tahu. Sebenarnya dia dah lama nak tanya soalan ni, tapi tiada peluang.
"siapa je tahu pasal ni?" Tanya nek qasmah lemah.
"Alif je nek, auntie, uncle semua tak tahu even sara dan asyraff tak tahu. Alif dah lama nak tahu pasal ni tapi tak terkeluar soalan ni dari mulut alif untuk tanya nenek." Ujar alif dan membuatkan nek habsah menggangukkan kepalanya lemah.
"Nenek dengan mak si atikah tu kawan baik. Maknya si atikah datang jumpa nenek, katanya si atikah tu hampir gila bila anak yang dikandungnya gugur. Disebabkan kami kawan baik, nenek bagi cadangan bahawa anak si yusuf tu, anak perempuan. Nenek cakap jadikan si atilia anak angkat, last last mereka ambil terus tanpa si yusuf tahu. Mulanya mereka setuju untuk bagi atilia jadi anak angkat atikah, tapi lepas benda tu jadi, yusuf marahkan nenek, dia balas dendam dengan ambil sara yang baru seminggu lahir dan jauhkan dari keluarga kami." Nenek qasmah berhenti bercerita buat seketika. Nenek qasmahcapai cawan air teh yang dibancuh itu dan dihirup sedikit demi sedikit.
"Sejak dari itu, nenek tahu yang semua ini salah nenek. Kalau nenek tak setuju untuk tolong mereka, mesti semua ini tak jadi. Terima kasih alif satukan keluarga kami semula. Nenek cuba cari juga keberadaan sara, tapi masih tak tahu hinggalah asyraff bawa sara datang kerumah dulu." Sambung nenek qasmah lagi.
"Maksudnya, sejak asyraff bawa sara datang sini, nenek dah dapat cam yang itu sara? Cucu nenek yang dibawa lari tu?" Teka alif dan nek qasmah anggukkan kepala dia.
"Betul la tu. Nenek bersyukur sangat bila kamu selesaikan benda ini secepat mungkin. Terima kasih banyak banyak. Kamu cakap kamu nak apa, nenek cuba tunaikan." Ujar nenek qasmah.
"Betul ke?" Tanya alif inginkan kepastian. Nenek qasmah anggukkan kepala dia dan senyum dekat alif.
"Alif nak kahwin dengan sara, boleh? Nenek izinkan?" Tanya alif minta izin.
"Boleh, boleh sangat sangat. Nenek izinkan." Ujar nenek qasmah setuju. Alif tersenyum dengan jawapan nenek habsah tu.
"Eh awak, baru sampai ke?" Tanya sara yang baru keluar dari dapur tu. Sara segera melangkah dan duduk sebelah nenek habsah.
"Boleh dikatakan 15 minit tadi sampai sini. Awak buat apa dekat dapur? Nenek cakap awak masak something sampai sesiapa nak masuk dekat dapur awak tak bagi." Ucap alif dan pandang sara.
"Baking kek. Saya buat kek pisang tadi. Bawa untuk parent awak. Awak ajak saya makan malam kan nanti? Jadi tak salah saya nak bake kek kan?" Ucap sara.
"Kek? Ha hidangkan sikit untuk abang, abang lapar ni." Sampuk asyraff entah dari mana datangnya, dan tiba tiba duduk sebelah alif.
"Ala, abang ambil la dekat dapur. Penat la baru siap bake kek kot. Abang ambil dan tolong hidangkan erk?" Pinta sara.
"Sara, apa pulak macam tu. Sara perempuan, abang tu lelaki, perempuan yang kena hidang, bukan lelaki. Kalau kahwin nanti takkan nak suruh suami kamu yang buat semua benda ni." Tegur nenek qasmah disebelahnya.
"Ala, abang tu pemalas. Dia boleh je buat sendiri. Kalau sara dah kahwin mestilah sara buat semua benda." Jawab sara dan pandang asyraff yang ada disebelah alif.
"Ala, adik pergilah. Ni kan alif ada, tak malu ke jadi pemalas ni?" Tegur asyraff dan dia naikkan kening dia dekat sara.
"Ish abang ni kan, adik cekik nanti padan muka." Rengek sara dan bangun juga menuju ke dapur. Alif hanya tersenyum tengok gelagat sara.
"Tu ke yang kau sayang sangat tu? Pemalas." Ujar asyraff dan pandang alif.
"Pemalas dengan kau, insyaAllah dengan aku nanti rajin." Ucap alif dan masih kekalkan senyuman.
Sara datang ke ruang tamu dengan sepinggan kek pisang, dan air teh. Sara mula menghidangnya diatas meja kecil diruang tamu itu.
"Abang, panggilkan mama dengan papa. Ajak makan sekali." Pinta sara dekat asyraff.
"Dah, sekejap lagi mama papa turun." Jawab asyraff dan turut matanta menonton televisyen.
"Sara, buat apa tadi dekat dapur? Ni baru nampak muka anak papa yang comot ni." Ujar datuk mustafa yang baru turun ke ruang tamu bersama datin qairina.
"Buat kek pisang, mari sini mama, papa makan kek ni." Ajak sara sambil berlari kearah orang tuanya. Lengan kiri datuk mustafa dirangkul manakala lengan kanan datin qairina dirangkul oleh sara. Sara menarik mereka berdua keruangan sofa kosong.
"Alif, kamu pun ada. Kenapa datang sini?" Tanya datuk mustafa dan pandang alif disebelahnya.
"Sebenarnya nak minta izin bawa sara jumpa parents saya. Alif dah cakap dekat mama dengan papa, mereka tunggu kedatangan sara ni. Kalau auntie dengan uncle benarkan, malam ni alif nak pinjam sara sekejap boleh?" Ujar alif minta izin.
"Ouh, sebab tu ke? Boleh, boleh sangat sangat. Tapi kena pulangkan sara sebelum jam 11 boleh? Dia ni masih anak dara." Ujar datuk mustafa.
"InsyaAllah, alif akan hantar dia balik dengan selamat dan awal." Ucap alif sambil tersenyum dekat mereka.
BERSAMBUNG
SO HAVE FUN GUYS HARAP KORANG SUKA DAN MANA YANG ADA TYPO TU ABAIKAN YE 😉
JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT YE 😉
YOU ARE READING
[C] Engkau Takdirku
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -1 IN ALIF (20/11/19) -1 IN CINTATIGASEGI (20/11/19) -1 IN GARANG (20/11/19) -6 IN SARA (30/11/19) - 1 IN HILANG (3/12/19) ----------------------------------------- Qaisara Humairah yang dibesarkan dekat rumah yatim piatu pada um...