※
※
※
※Tepat jam 6.30 petang, alif dan sara dah pun berada dirumah keluarga alif. Sara masih takut untuk berjumpa dengan keluarga alif. Alif pandang sara dan terukir senyuman dibibir dia.
"Sara, awak okey tak? Macam takut je kenapa?" Tanya alif dan pandang sara.
"Tak okay. Saya takut la. Pertama kali jumpa keluarga awak. Kalau diorang tak terima saya macam mana?" Tanya sara dan pandang alif dan membuatkan alif ketawa.
"Apa yang kelakar? Saya serius tahu tak!" Marah sara sambil menjegilkan mata dia dekat alif.
"Sory sayang, saya tak sengaja. Okey relex okay? Percayakan saya yang tak akan jadi apa apa. Keluarga saya akan terima awak okay, percaya la." Pujuk alif.
"Awak cakap macam tu sebab nak sedapkan hati saya. Kalau apa yang awak cakap jadi sebaliknya macam mana?" Tanya sara pula dan pandang alif dengan muka yang hampir menangis.
"Sayang, boleh tak jangan cakap benda negatif sangat? Everything will be alright, believe me okay don't worry." Pujuk alif lagi.
"Tarik nafas dan hembus okay, then relex." Ucap alif dan pandang sekilas dekat sara. Sara buat seperti yang alif suruh tadi.
"Dah okay?" Tanya alif dan sara anggukkan kepala dia.
"Saya belikan awak air sekejap, awak duduk dalan kereta diam diam okay dan relex." Pesan alif dan berhentikan kereta dia dihadapan 7eleven.
◎◎◎
Kereta milik alif mula memasuki kawasan perumahannya. Alif parkirkan kereta diruangan kereta lalu mematikan enjin keretanya.
"Dah sampai, jom turun, don't be nervous okay." Pesan alif lagi dan sara anggukkan kepala dia.
Alif buka pintu dan turun dari kereta diikuti sara. Sebaik sahaja sara turun dari kereta, datin suraya datang hampiri mereka berdua. Sara terus menghulurkan tangan dia untuk bersalam dengan datin suraya, datin suraya menyambutnya tapi sara baru nak rapatkan dahi dia dengan tangan datin suraya, datin suraya segera jauhkan tangan dia.
"Jom masuk." Jemput datin suraya dekat mereka berdua. Sara yang terasa dengan tindakan datin suraya tadi hanya tersenyum dekat datin suraya dan alif.
"Sayang jom masuk." Ajak alif dan dia berdiri sebelah sara. Sara anggukkan kepala dia dan ikuti belakang datin suraya.
Mereka duduk disofa diruang tamu itu. Sara duduk sebelah alif manakala datin suraya duduk disebelah suaminya, datuk ismail.
"Mama, papa kenalkan ni sara, buah hati alif." Ujar alif dan pandang kedua orang tuanya.
"Asal mana? Siapa keluarga? Auntie kenal ke? Pandai masak? Dah bersedia ke kalau alif ajak kahwin? Kerja apa?" Tanya datin suraya berterusan.
YOU ARE READING
[C] Engkau Takdirku
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -1 IN ALIF (20/11/19) -1 IN CINTATIGASEGI (20/11/19) -1 IN GARANG (20/11/19) -6 IN SARA (30/11/19) - 1 IN HILANG (3/12/19) ----------------------------------------- Qaisara Humairah yang dibesarkan dekat rumah yatim piatu pada um...