※
※
※
※Seperti yang alif cakap,sara dan alif date berdua dengan kebenaran keluarga sara dan juga asyraff
"Awak nak bawa saya pergi mana?" Tanya sara dan pandang alif sekilas
"Jalan jalan" jawab alif
"Dengan baju kurung,baju melayu macam ni?" Tanya sara dan alif senyum
"Haah,kenapa tak boleh ke?" Tanya alif dan sengih
"Bukan tak boleh,tapi -" "tapi apa? Sara..awak milik saya tau,sampai bila bila milik saya" ujar alif dan senyum dekat sara
"Ingat sweet la tu?" Tanya sara dan sengih dekat alif
"Tak sweet erk?" Tanya alif dan sara gelengkan kepala dia
"Dah tu awak nak sweet macam mana?" Tanya alif
"Entah...awak lelaki fikir la cara sweet macam mana" ujar sara
"Okey okey nanti saya fikir.tapi saya nak tanya.awak ada dapat dress tak? Dengan bunga rose?" Tanya alif dan pandang sara
"Dress dengan bunga? Ada masa tu saya baru sampai campus,pakcik guard datang dia bagi dress..lepastu pensyarah saya masuk kelas dia bagi bunga.macam mana awak tahu? Eh jap jangan cakap awak bagi?" Terang sara dan pandang alif
"Yup, saya bagi. Suka tak?" Tanya alif dan pandang sara
"Suka, saya ingat secret admire bagi saya tau" ujar sara
"Saya bagi sebelum saya balik malaysia" tutur alif
"Awak cakap nak balik sekali dengan saya?" Tanya sara dengan muka disedihkan
"Yes, mula mula saya memang nak balik dengan awak tapi saya balik awal sebab cuba nak lupakan awak. Macam awak tahu saya ingat awak akan jadi milik farhan" ujar alif
"Kenapa saya call, mesej awak tak jawab dan reply?"Tanya sara
"You know the answer sara, sorry"ucap alif
"Ooh, okey" balas sara dan pandang keluar tingkap
-skip-
Alif berhenti kan kereta dia ditempat parkir kereta
"Kenapa bawa saya dekat sini?"Tanya sara
"Spend time with you here, kalau saya bawa awak pergi mall, ramai tengok awak nanti"ujar alif sambil cabut seatbelt
"Ala biar je la orang ramai tengok saya, satu benda je awak kena tahu iaitu saya awak punya. Datang la lelaki macam mana pun, saya tetap akan pilih awak." Tutur sara dan senyum pandang alif. Tanpa sedar alif turut tersenyum dengan apa yang sara cakap tadi.
"Siapa ajar cakap sweet sweet macam ni?" Tanya alif dan tenung muka sara.
"Erm ramai. Daniel, abang asyraff, awak." Jawab sara jujur.
" u wanna know something?" Tanya alif dekat sara.
"What?" Tanya sara ingin tahu.
"Awak wanita kedua yang berada dalam hati saya tau." Ujar alif jujur.
"Kedua? Pertama siapa? Mama awak?" Tanya sara dan pandang alif dan alif senyum sambil anggukkan kepala dia.
"Mama saya. Awak orang kedua. Sebelum saya kenal awak, mama cuba kenalkan saya dengan atilia. Sebab tu awak nampak dia macam rapat dengan saya." Ucap alif.
"Tahu, kita kan pernah lunch sekali." Ucap sara.
"Masa kita lunch sekali buat kali pertama, saya yang nak sangat ikut walaupun asyraff larang sebab saya rasa macam taknak awak bersama dengan asyraff. Sebab tu saya pergi jugak sekali dengan atilia." Ujar alif.
YOU ARE READING
[C] Engkau Takdirku
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -1 IN ALIF (20/11/19) -1 IN CINTATIGASEGI (20/11/19) -1 IN GARANG (20/11/19) -6 IN SARA (30/11/19) - 1 IN HILANG (3/12/19) ----------------------------------------- Qaisara Humairah yang dibesarkan dekat rumah yatim piatu pada um...