53- setuju janji

1.5K 52 1
                                    




Selepas keluarga alif berjumpa dengan sara, akhirnya datin suraya setuju untuk terima sara jadi menantunya dengan pujukan alif. Malah alif kuga dah cerita dekat datin suraya bahawa sara tengah merajuk dengan dia disebabkan semalam.

"Abang, cepatlah. Kita dah lambat ni!!" Panggil datin suraya kuat.

"Iye, sabar la sekejap." Jawab datuk ismail dan turun tangga dengan tergesa gesa.

"Abang lambat sangat kenapa?" Bebel datin suraya.

"Lambat sikit je. Dah jom. Lama pulak nanti diorang tunggu." Ujar datuk ismail dan berdiri disebelah datin suraya.

"Pergi dengan kereta alif la ma, pa. Senang satu kereta." Ajak alif.

"Ha iyelah, jom." Ajak datuk ismail setuju dengan cadangan alif itu.

Mereka semua masuk dalam kereta dan alif mula memandu meninggalkan kawasan perumahan nya.

"Alif, sara tahu kita nak pergi sana?" Tanya datin suraya.

"Tak, tak bagitahu lagi. Dari semalam alif telefon dia tak jawab, dia memang merajuk betul ni. Tapi keluarga sara tahu yang kita nak datang. Alif dah cakap untuk rahsiakan hal ni dari sara." Jawab alif dan teruskan memandu.

"Pandai pandai la kamu pujuk dia nanti. Mama harap dia gembira dengan berita kita ni. Lagipun mama nak minta maaf pasal semalam, mama pun rasa bersalah dengan dia." Ucap datin suraya.

"InsyaAllah ma, sara mesti suka punya." Jawab alif dan senyum dekat mama dia.

(...)

kereta alif mula masuk kawasan perumahan sara, alif parkirkan kereta dia digaraj. Sementara alif parkir kereta dia, datin suraya dan datuk ismail turun dari kereta.

"Abang, dah sampai dah ni." Panggil datin qairina ke arah suaminya, datuk mustafa.

"Iye iye, abang datang ni." Jawab datuk mustafa dan hampiri datin qairina dihadapan pintu rumah mereka.

"Assalammualaikum!" Ucap datin suraya dan datuk ismail.

"Waalaikummusalam, sampai pun, ingatkan tak jadi datang tadi." Sapa datuk mustafa sambil hulur tangan kearah sahabatnya, datuk ismail.

"Sampai la, dah si alif tu memaksa. Tak sabar nak jumpa buah hati dia yang merajuk tu." Jawab datuk ismail.

"Hurm si alif ni pun tak menyabar. Ha jemput masuk." Jemput datin qairina kepada dua pasangan itu. Apabila sudah dijemput, kedua pasangan itu mula masuk kedalam rumah keluarga sara.

"Amboi, lupa anak dekat belakang nampak." Perli alif yang menghampiri mereka.

"Mana ada lupa, dah kamu lambat sangat, mama papa masuk dulu." Jawab datin suraya.

Alif menyalami datin qairina dan datuk mmustafa dan masuk kedalam rumah itu juga.

"Sara mana?" Tanya alif.

"Sara keluar, beli buah. Saja suruh dia pergi, kata nak surprisekan dia." Ujar asyraff yang baru turun kebawah. Asyraff hampiri kedua ibu ayah alif dan mula menyalami mereka berdua.

[C] Engkau TakdirkuWhere stories live. Discover now