'A part of me will always be with you'
..............
Pada pagi yang aman damai dengan alunan burung-burung berkicauan, kami membuat keputusan untuk mengemas rumah disebabkan ianya sudah tidak nampak seperti rumah lagi.
Tiba-tiba...
"Attention! Attention! Semua diminta berkumpul ke ruang tamu! CEPAT!!!"
Pergerakan aku, Jiyoo dan Hyemi terus terhenti disebabkan laungan insan yang bernama Areum.
Mengganggu ketenteraman jiwa dan kekhusyukan orang tengah mengemas je.
"Bincang pasal apa?" laju aku bertanya.
Tiga pasang kaki yang elok tadi bergerak ke sana ke sini untuk mengemas mula gatal ke arah sofa.
Alang-alang nak bincang, boleh rehat sekejap. Tapi, betul ke sekejap?
Aku rasa kerja mengemas rumah akan terhenti sampai tahun depan. Sebabnya masing-masing pemalas, susah nak mengemas rumah. Sekali buat kerja rumah, kalau berhenti akan terberhenti sampai bila-bila.
Kesian rumah, habuknya tergantung sepi... mencuba, mencuba mengemas kembali...
Tapi, takde gunanya.
"Pasal cuti semester ni ler" kata Areum dengan muka jengkel.
Ouh, topik favourite aku!
"Kita nak buat apa waktu cuti ni ye?"
"Balik rumah masing-masing dah minggu lepas waktu kita cuti umum"
"Takkan nak terperap je kat rumah"
Aku mendiamkan diri untuk berfikir aktiviti apa yang patut dilakukan cuti ni.
"Jom pergi holiday?"
Ajakan daripada Hyemi membuatkan mata aku jadi bersinar bak lampu suluh.
Hmm... Tapi nak pergi mana eh?
"Erm.. Apa kata kita pergi ke Pulau Jeju?!"
Cadangan Jiyoo membuatkan aku yang sedang asyik berfikir memandangnya tepat. Tanpa aku sangka, rupanya dia pun tengah pandang aku.
Auch! Nak main eye contact ke?
Aku mengelipkan mata beberapa kali seperti mentol nak rosak dengan senyuman meleret. Dia pula dah buat muka menyampah.
"Aku rasaaaa..."
"Aku rasakan ermm...."
"Kau rasa apa?" tanya Jiyoo geram. Dia nampak bengang bila aku lengahkan jawapan.
Tabahlah dapat kawan macam ni.
HAHAHAHAHA
"Okay juga cadangan kau"
Sebaik aku habiskan cakap, semua tersenyum. Jiyoo senyum puas hati.
"Ya, I think that is the right place we have to go to release our tension"
"Betul tu, betul"
Hyemi dan Areum support persetujuan aku. Banggalah pula, macam aku bos pula. Aku setuju, semua setuju.
HOHOHOHOHO
"Kita bertolak esok juga"
Kami memandang sesama sendiri sambil tersengih.
"Jom kemas barang apa yang nak dibawa!"
'Gedebang! Gedebuk!'
'Gedebang! Gedebuk!'
YOU ARE READING
WITH YOU | BTS
AdventurePertemuan di dunia yang berbeza. ' I never had a dream come true Till the day that I found you ' status :- [ on going ] By berrylovelyana