Seperti yang dijanjikan, update selepas PPT habis. Terima kasih kepada yang sudi baca dan vomment. Lot of love for you berrydears!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤——————————————
'A part of me will always be with you'
..............
"Waahh! Kuda putihhh!" Hyemi menjerit suka. Dia berlari ke arah dua ekor kuda yang elok diikat pada sebatang pokok.
Aku, Areum dan Jiyoo segera berlari-lari anak mengikutinya. Siapa tak teruja tengok kuda yang putih bersinar macam tepung gomak ni?
Okay, setakat ni aku nampak yang membezakan kuda ni rambut. Dua-dua rambut putih semua tapi ada seikat warna lain. Satu warna biru, satu lagi warna hijau.
Aku dan Hyemi usap warna bighu, Jiyoo dan Areum usap warna hijo.
Mulut kami mula berceloteh depan kuda.
"Hai, kuda! Nama apa?" Aku mengusap pipi kuda ni. Hyemi aku lihat pergi ke kuda yang Areum dan Jiyoo tengah usap. Jin pun ada kat situ sekali.
"HIRGHH HIIIRGHH"
Amboi, kuda ni kemain dapat jawab soalan aku.
"HIHIHIHI! Jangan bunyi kuat sangat, sakit telinga eonnie. Gwencahana~ Eonnie faham je apa yang kau cakap. Nama kau Lancy, majjayo?"
Suka pula aku bahasakan diri kakak. Ntah jantan betina aku bedal je.
"Hiiirghh"
Aku gelak lagi.
"Mana kau tau nama kuda aku Lancy?"
Uih, terkejut eden. Terenjut jugalah bahu aku ni.
Aku menoleh ke arah belakang.
Yoongi rupanya. Dia tengah peluk tubuh sambil pandang aku.
Ni kuda dia ke? Kenapa tuannya tak semesra kudanya? Eh! eh!
Aku berhenti mengusap Lancy. Aku melihat rakan yang lain sudah bergelak tawa. Diorang asyik sebut 'Uewmazing' dari tadi. Pandangan aku alihkan ke Lancy semula.
"Sebab saya boleh berinteraksi dengan haiwan"
Keningnya terangkat.
"Bukti"
"Perlu ke saya bagitau secara detail pada orang yang saya tak kenal?"
"Yoongi, dah kenalkan. So?"
"Tch, hanya tau nama belum cukup untuk saya kata saya kenal awak. Awak masih strangers pada pandangan saya. Dahlah pernah buat saya rasa diancam kepupusan" bebel aku dengan gaya hidung tinggi. Aku memeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.
Berdebar rasa bila marah orang ni. Sejak bila aku jadi berani bersuara pada orang yang tak dikenali ni?
Tapi jinjja daebak!
Sengihan yang aku tahan terpamer jua.
Nasib baik aku pandang arah lain. Kalau tak kantoi nanti.
"Maaf, puas?"
Whut? Gitu je?
Aku berkerut seribu.
YOU ARE READING
WITH YOU | BTS
AdventurePertemuan di dunia yang berbeza. ' I never had a dream come true Till the day that I found you ' status :- [ on going ] By berrylovelyana