' A part of me will always be with you '
...............
"HOHOHO! BERMINAT BETUL KAMU PADA BUKU ITU!"
Suara yang bergema dan muncul secara tiba-tiba di bilik itu membuatkan aku terkejut.
Aku dan kawan-kawan aku duduk merapat sambil mata meliar memandang sekeliling.
Mencari empunya suara itu.
"Takut ke wahai anak-anak mummy Ally yang fabulos lagikan gojes ni?"
Pertanyaan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya ' mummy Ally ' itu tiba-tiba muncul sekaligus menunjukkan rupanya.
OHOHOHO
Fairy Godmother dari cerita dongeng mana yang tercampak ke bumi Korea ni?
Aku masih diam kaku tidak bergerak walaupun seinci. Mulut pun seakan-akan terkunci.
Siapa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Dari mana?
Semua persoalan itu hanya mampu terungkap di sarang hati masing-masing.
"Hihohihohihihohoho! Jangan takut... Mommy Ally tau setiap persoalan yang bermain di fikiran kamu semua" katanya lalu duduk di meja di hadapan kami.
'PRAKK! KRUP! KRAP! KREP!'
"Oh pooh!" jerit Mommy Ally.
Automatik meja itu hancur setelah perempuan itu baru sahaja melabuhkan punggung di atasnya.
Masing-masing muka biru sebab tahan gelak. Cuma disebabkan takut, terpaksa ditahan niat tu.
"Meja dah reput agaknya" katanya perlahan sekaligus dia melayangkan tongkat ke serpihan kayu meja itu.
Wow!
Meja itu kembali kepada sediakala.
"Perihal siapa Mommy ni sebenarnya kamu tak perlu tahu. Yang penting kamu perlu ambil barang-barang kamu ni"
Kami saling berpandangan dengan dahi yang mula berkerut.
"Barang apa Mom - my?" tanya aku takut-takut.
"Rantai" Mommy Ally tersenyum manis sambil memunculkan beberapa jenis rantai menggunakan tongkatnya di atas meja.
"Rantai?" kami berkata serentak.
Ada empat jenis rantai. Semuanya sama cuma warna yang membezakannya.
"Jiyoo, ambil warna putih. Areum, warna hijau. Yoona, biru pekat. Hyemi, biru cair"
Kami mula mengambil rantai mengikut warna yang ditetapkan.
"Tapi Mommy, kami tak pernah beli atau dapat rantai macam ni. Kenapa Mommy kata ni kami punya barang?" tanya Jiyoo.
Kami tak tahu kenapa kami tak banyak soal dan rasa selesa dengan Mommy Ally ni padahal kami baru berjumpa.
"Rahsia" Mommy Ally wink.
"Fungsi rantai ni..."
♥♥♥♥♥♥♥
Sunyi sepi keadaan rumah banglo yang mereka duduki pada malam itu.
Masih tergiang-ngiang kata-kata Mommy Ally petang tadi.
"Malam ni kamu semua perlu bersedia. Kemas segala kelengkapan masing-masing" Mommy Ally berpesan setelah memberitahu fungsi setiap rantai yang kami miliki.
"Kenapa? Kami dihalau ke?"
"Kamu akan tahu apabila mata kamu terbuka ketika hari esok menjelma"
YOU ARE READING
WITH YOU | BTS
AdventurePertemuan di dunia yang berbeza. ' I never had a dream come true Till the day that I found you ' status :- [ on going ] By berrylovelyana