Disebabkan hari ni 14 April iaitu tanggal kelahiran author, maka author update story ni bagi menghiburkan berrydears sekalian.
' A part of me will always be with you '
Author pov
Sudah seminggu puteri berlima itu belajar tentang beberapa cara serangan daripada putera-putera kerajaan Bangtan Land.
Kini, tibalah hari untuk mereka menguji tahap kekuatan dan kepantasan masing-masing. Mereka dikehendaki berlawan bersama pasangan mereka sambil menunggang kuda.
Masing-masing mengambil tempat di padang tersebut. Mereka sentiasa bersedia menanti giliran untuk menunjukkan kehebatan diri.
Kelihatan King Namjoon dan Queen Jhope yang diiringi dayang-dayang dan pengawal mereka baru tiba di sana.
Pasangan itu mengambil tempat di singgahsana yang diperbuat daripada alam semula jadi untuk menyaksikan perlawanan yang bakal berlaku.
"Perlawanan pertama adalah di antara Putera Kim Seokjin dari Bangtan Land dan Puteri Kim Areum dari Dunia Manusia" laung seorang pegawai di situ.
Jin dan Areum mula menghadap ke arah King Namjoon dan Queen Jhope untuk menunduk hormat. Mereka mengambil tempat masing-masing.
Busur di tangan dipegang kemas sambil memerhati papan memanah di hadapan. Masing-masing berebut mendapatkan tempat juara.
Mereka menaiki kuda yang disediakan. Jin dan Areum berbalas pandangan sesama mereka.
"Areum! You can do it! Woo!" Jiyoo melambai tangannya ke udara.
"Areum! Yumyum! Areum!" Yoona melompat riang.
"We always support you! Wooo!" jerit Hyemi.
Jiyoo, Yoona dan Hyemi pula bertindak sebagai tukang sorak tidak berbayar.
Mereka menggoyangkan alatan tajam mereka akibat ketiadaan pom-pom. Yoona dengan pedangnya, Jiyoo dengan beberapa jenis shurikennya dan Hyemi dengan kipas tajamnya.
Yang lain memandang ngeri terhadap mereka bertiga. Masing-masing menjauhkan diri. Areum pula menunjukkan flying kiss kepada kawan-kawannya.
Perlawanan mula berlangsung.
Anak panah pertama disasarkan, Jin dapat menyasarkan tepat pada papan memanah manakala Areum pula jauh tersasar akibat perasaan gugupnya yang masih belum hilang.
Anak panah kedua disasarkan, Jin masih utuh dengan sasarannya yang tepat. Langsung tidak memberikan peluang kepada Areum untuk menunjukkan kehebatan.
"Jin, bagilah peluang sikit!" Jerit Areum.
"Haish! Yelah!" Jerit Jin pula.
Anak panah ketiga dilepaskan, Areum mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu kerana sasarannya tepat manakala Jin pula sengaja menyasarkan jauh untuk memberi peluang kepada Areum.
Anak panah kelima juga masih Areum yang dapat menyasarkan tepat. Jin pula tidak tepat kerana kudanya hilang keseimbangan buat seketika.
"Eh ini dah terlebih peluang ni" kata Jin sendirian apabila mengetahui markah mereka seri.
Ketika anak panah terakhir dilepaskan, Jin dapat menyasarkan dengan tepat. Namun malangnya, kuda Jin terlanggar dengan kuda Areum menyebabkan kuda Areum hilang keseimbangan.
Akibatnya, anak panah Areum tersasar jauh dan dia hampir jatuh. Jin segera menggunakan kuasa kepantasan kilatnya untuk menyambut Areum.
Sangat cliche apabila mereka berpandangan selama 7 saat.
YOU ARE READING
WITH YOU | BTS
AdventurePertemuan di dunia yang berbeza. ' I never had a dream come true Till the day that I found you ' status :- [ on going ] By berrylovelyana