Awas! Chapter panjang tetapi dijamin tidak hambar. Tapi kalau hambar, maaf ler...
——————————————
'A part of me will always be with you'
..............
Yoona pov
'Duk! dekeduk! dekeduk!'
Lancy berlari tanpa kenal erti penat lelah.
Aku hanya mendiamkan diri. Sesekali aku memegang hujung baju Yoongi bila rasa tak seimbang.
"Kita dah sampai ke bandar Bangtan Land"
Serentak Yoongi berkata, Lancy memberhentikan langkahnya.
Mataku meliar ke sekeliling. Melihat suasana sibuk di bandar.
Jadi, macam ni rupanya negara Bangtan Land yang disebut dalam buku tu!
"Turun" arah Yoongi.
Aku melompat turun dan mengambil bakul yang berisi Snow. Yoongi turut melompat turun.
Dia berjalan sambil memegang tali Lancy. Mungkin dia risau Lancy terlanggar penduduk di sini.
Aku menundukkan pandangan setelah menyedari beberapa penduduk mula memandang ke arah kami. Mereka berbisik sesama sendiri.
Pelik sangat ke ada pengunjung datang?
Ke— ada benda kat muka aku? Baju aku?
Segera aku melihat keadaan diri aku. Rasanya tiada apa-apa yang menarik perhatian orang pun.
Tiba-tiba Yoongi memegang tangan aku. Eloklah tuw. Sebelah tangan lagi aku pegang bakul Snow.
Serupa macam pasangan kekasih yang nak pergi berkelah.
HEHEHEHEHEGE
"Ey, apa pegang-pegang ni? Tak payahlah, tak sukalah"
Yoongi diam tanpa berniat memberi alasan. Aku menarik tangan aku semula tapi ditahan Yoongi. Hish!
Kawan-kawan aku pun jarang sekali nak pegang tangan sesama sendiri. Inikan pula nak berpegangan tangan dengan seketul garam kasar ni?
aRE yOu sEriOuS?
Setelah beberapa kali aku cuba meleraikan tautan tangan, akhirnya berhasil.
Eh, ye ke? Rasanya dia yang memang lepaskan tangan aku.
Bakul di tangan aku diambil oleh Yoongi lalu diletakkan ke tanah.
Dia mencantumkan kedua belah tapak tangan aku. Tangan aku diikat kemas dengan seutas tali rapia.
Tangan kanannya tarik tali yang mengikat kedua-dua tangan aku manakala tangan kirinya memegang bakul.
Eh! Apa ni?! Malulah!
Sekarang serupa macam aku pesalah yang yang bakal masuk lokap weyh!
Aku pandang orang sekeliling. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang tersenyum mengejek dan ada yang memandang aku penuh simpati.
"Kenapa awak ikat saya ni? Malulah orang pandang!" Bisik aku dengan nada perlahan.
"Laaa... Tadi kau kata tak suka pegang tangan, jadi aku terpaksa ikat guna tali macam ni, sekarang suka tak?" Yoongi tersenyum sinis.
"Tak suka. Buka sekarang"
"Bukalah sendiri kalau pandai. Aku dah ikat mati"
Aku mengetap bibir.
YOU ARE READING
WITH YOU | BTS
AdventurePertemuan di dunia yang berbeza. ' I never had a dream come true Till the day that I found you ' status :- [ on going ] By berrylovelyana