Iman, Azim, Haqeem, Darwish, Firash dan Rizuan telah bertolak ke hutan di kampung itu manakala Baim hanya duduk di pondok itu dan menutup pintu. Dia berasa lapar lalu ke dapur dan memasak makan tengah harinya.
Sewaktu Baim sedang memasak ayam kicap, dia terdengar bunyi orang memflush tandas di biliknya dan Azim. Dia berasa pelik kerana tiada sesiapa di pondok itu kecuali dirinya. Setelah selesai masak, Baim mula makan dan mencuci pinggannya sebaik sahaja habis makan. Dia berjalan ke biliknya untuk mencari telefonnya dan ketika hendak keluar, dia terdengar suara memanggilnya.
"Baim.... Baim... Siniiii....", suara itu seolah olah berada di sebelahnya namun tiada sesiapa. Baim mula gelisah kerana suara itu kerap memanggilnya dan dia mula menelefon Haqeem namun tidak berjawab. Malam itu, dia tidur seorang diri kerana rakan-rakannya akan pulang keesokan harinya. Sedang dia tidur, ada sesuatu menarik selimutnya dan suara bayi menangis Bergema di dalam biliknya. Dia membuat keputusan untuk sambung tidur dan cuba mengendahkan gangguan itu walaupun dia berasa ketakutan dan berdoa agar gangguan itu berhenti pada malam itu.
Apakah yang menyebabkan Baim diganggu?? Vote and comment :)
YOU ARE READING
Pondok Lama
Mystery / ThrillerAda sekumpulan lelaki ingin ke hutan belantara di sebuah kampung. Kampung itu merupakan sebuah kampung terpencil dan tidak ramai yang mendiaminya. Di hujung kampung tersebut terdapat sebuah pondok lama yang usang. Pondok itu diperbuat daripada kayu...