Sedang mereka bertujuh duduk di ruang tamu pondok lama itu, lampu tiba-tiba berkelip seperti ada sesuatu yang memainkan suis itu.
"Korang, kenapa lampu ni berkelip-kelip? Siapa yang mainkan lampu ni?" tegur Haqeem cuak namun dibalas dengan gelengan kepala oleh enam rakannya, jadi siapa?
"Stop Haqeem. Aku dah tak tahanlah semua ni. Now kita kena fikir apa yang patut kita buat," terang Firash kekusutan. 'Sudahlah tersesat di hutan, sekarang masalah ini pula' keluhnya.
"Fine... any idea?" Rizuan memandang seorang demi seorang sambil menunggu jawapan atau idea bagaimana untuk menyelamatkan diri mereka tanpa disedari oleh makhluk itu.
Namun masing-masing mendiamkan diri dan berfikir. Darwish kelihatan sudah mendapat dan tahu apa yang harus mereka lakukan.
"Wait.. Baim, mana dia? Tadi ada kat sofa tu." Haqeem terkejut apabila menyedari bahawa Baim tiada. Sungguh mereka tidak perasaan kehilangan Baim kerana sibuk memikirkan masalah yang menimpa mereka sejak 3 hari lalu.
"Ap... apa? Takkan Baim hil.... hilang?" Firash sudah menggigil keseraman, manakan tidak Baim ada disebelahnya tadi. 'Ahh... sudah Baim pulak hilang' keluh mereka.
Tiba-tiba kedengaran pintu pondok itu diketuk dari luar tanpa diberi salam. Enam rakan itu memandang sesama sendiri, siapa yang datang? Pondok yang seperti homestay itu di sekeliling hutan, mustahil ada orang. Rumah pun satu tidak kelihatan jadi takkan ada orang lalu pula.
"Bukaalaahhh.... bukalah.... tok! tok! bu... buka... Hahahahihihi!!!! " kedengaran suara meminta mereka membuka pintu diiringi hilaian yang mengerikan. Lampu juga berkelip-kelip, bunyi air mengalir di tandas, bunyi tapak kaki, suara orang ketawa, barang dihempas dan banyak lagi.
"Rash... bu... bukak pin... pintu ttttuuu," tergagap-gagap Darwish bersuara. Dia menggigil kuat serta berpeluh dan pucat seolah tiada darah.
"Jangan bukak pintu tu Rash! Biarkan je. Wish, kau dah crazy ke hah?! Kau jangan nak buat something stupid! Kau tak dengar ke suara mengilai tu? Dah sahlah itu bukan orang!" tegur Imam tegas. Sudah gilakah Darwish ini? Orang dengan makhluk halus pun tidak dapat dibezakan.
Darwish terdiam. Ada benar juga apa yang dikatakan Iman. Masakan ada orang tinggal di sekeliling hutan ini? Memang tidak masuk dek akalnya itu. Firash pula cepat-cepat duduk semula kerana ketika itu dia sudah berdiri.
Sedang mereka berbincang, mereka terdengar suara orang bercakap di dapur dengan agak kuat. Terkaku mereka di situ. Sudah... apa pula sekarang? Tiada siapa mahu menjenguk ke dapur kerana sangat gelap.
Haqeem, Iman, Darwish, Rizuan, Azim dan Firash memutuskan untuk tidur di ruang tamu itu sementara memikiran tentang ketiadaan Baim kerana itu sangat misteri. Mustahil boleh hilang secepat itu. Makhluk hitam berambut panjang itu memerhatikan mereka.
"Hahaha!!! Manusia bodoh!! Aku akan terus mengganggu korang dan menghantui korang.... Hihihihihi!!!!" makhluk itu mengilai seram lalu hilang disebalik kegelapan malam dan juga kegelapan pondok lama itu.
Apakah yang akan terjadi?? V & C Love U 😘😘😘
YOU ARE READING
Pondok Lama
Mystery / ThrillerAda sekumpulan lelaki ingin ke hutan belantara di sebuah kampung. Kampung itu merupakan sebuah kampung terpencil dan tidak ramai yang mendiaminya. Di hujung kampung tersebut terdapat sebuah pondok lama yang usang. Pondok itu diperbuat daripada kayu...