Kepalanya yang berdecit selepas dia bertemu dengan Mukhriz dipicitnya perlahan. Urutan demi urutan dihidangkan dipermukaan belah kanan dan kiri kepalanya. Deanna Sufya yang sedang duduk dikerusi kaunter sementara tiada pelanggan bolehlah dia berehat sebentar.Aini Fariha menghampiri Deanna Sufya yang sedang menahan sakit kepala.
" kau okay tak nih? lepas jumpa Mukhriz kau terus sakit kepala pulak"
Hanya gelengan dihadiahkan kepada soalan teman karibnya.
" share dengan aku, kau nampak lain sangat lepas jumpa dia. Dia ada buat something bad ke dengan kau?"
Deanna Sufya mengeluh perlahan.
" Tak adalah. Aku okey jer. Tak payah risaulah" jawabnya selamba.
Aini Fariha memang sudah lali dengan kedegilan Deanna Sufya. Kalau A dia cakap, A lah dia.
Kuakkan pintu kedai memaksa mereka memusing kepala sekaligus.
Tengku Ryann yang datang berkot birugelap beserta kemeja maroon masuk ke dalam kedai bunga.
" cik abang dah datang. kena cekuklah kau, tinggal aku sorang sorang" usik Aini Fariha yang sedar akan keluhan kecil Deanna Sufya apabila sang puteranya memasuki kedai bunga mereka.
Tengku Ryann semakin menghampiri kaunter yang diduduki oleh isterinya.
" lama abang tunggu sayang kat luar. rupanya kat dalam lagi tengah rancak bersembang" sindirannya dihadiahkan kepada isterinya.
Deanna Sufya macam nak termuntah mendengar panggilan yang meniti di bibir Tengku Ryann.
" lainkali call. kan kesian kena tunggu kat luar lama" bangkit dia mengambil handbag maroon dari bawah kaunter.
Tengku Ryann sekadar senyum.
" okey Aini, aku balik dulu. Disebabkan kau seorang jer harini tutup before pukul 9 tau. Bahaya kalau malam sangat. Pak meon sebelah ni bukan boleh percaya sangat ada jer usik usik kau" pesan Deanna Sufya.
" Takpayah risau lah, aku okey jer. Eh? Purse kau tadi tertinggalkan masa jumpa Mukhriz. Lupa nak bagi kau, ada dalam
laci tu." ujar Aini Sufya.Tengku Ryann mula memandang serius apabila mendengar bait bait perkataan Aini Fariha.
Deanna Sufya membuntangkan mata. Memberi isyarat kepada Aini Fariha.
Pemanduan diteruskan dengan fokus. Deanna Sufya mengerling ke arah wajah tikus mondok suaminya.
" bila awak cari rumah baru tu? dah bagitahu mama ke? " memecahkan kesunyian.
Tengku Ryann sekadar mendiamkan diri meneruskan pemanduan. Entah kenapa hatinya mendidih mendengar apa yang disampaikan oleh Aini Fariha. Deanna Sufya bertemu dengan Mukhriz. Apa motif mereka bertemu? ada hal apa sampai kena jumpa bagai? argh!
Telefon bimbit dari dalam handbang Deanna Sufya mula berdering, makin memecahkan kesunyian yang timbul.
Nama yang tertera direnung lama oleh Deann Sufya sekaligus melahirkan keluhan berat.
" Siapa tu?" keras pertanyaannya.
Tersentak sehingga kepalanya terus berpaling ke arah Tengku Ryann. Terus digelengnya kepala.
" Mukhriz kan? Silent phone tu, takpayah angkat." arahnya.
Deanna Sufya mengalihkan pandangan sambil mengukir senyuman.
' jealouslah tuh'
***" so thankyou atas kerjasama Tengku. Kalau rumah ni ada apa apa masalah just call me okay Tengku. " ujar Encik Shariman lalu menyerahkan satu fail dokumen berkenaan rumah yang kini sudah menjadi milik Tengku Ryann.
Tengku Ryann mengangguk laju.
" I have to go Tengku. Enjoy your new home. Assalamualaikum" lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta dan meluncur keluar dari pagar penthouse mewah mereka.
Deanna Sufya berdiri bersebelahan Tengku Ryann.
" Tercegat apa lagi, masuklah" arahnya dengan dingin.
Deanna Sufya mencebik.
" Tahulah!" kakinya dihentak sedikit.
" Hentaklah hentak. Potong kaki kau kejap lagi baru tahu" ugut Tengku Ryann sambil
membontoti isterinya masuk ke dalam penthouse mewah mereka.Handbag maroon diletak perlahan di atas meja kaca ruang tamu hadapan lalu menapak masuk ke dalam ruang dapur. Dekorasi dapur sangat cantik dan kemas.
Tengku Ryann membontoti langkah isterinya.
" Deanna "
Deanna Sufya menoleh lalu mengangkat kening belah kiri dengan wajah selamba.
" amboi, kalau aku panggil sahut pun taknak. tapi kalau mukhriz ajak jumpa laju" intonasi mendatarnya menunjukkan ada sesuatu perasaan yang tersingkap dalam hatinya. perasaan apa pulak?
Deanna Sufya tersentak.
" Tiba-tiba mukhriz. Awak ni kenapa sebenarnya?"
Tengku Ryann mendengus.
" PA aku dah ambil cuti bersalin. " beritahunya tiba tiba mengenai Personal Assistantnya yang sudah mengambil cuti untuk bersalin selama 3bulan.
" Then? Apa kena mengena dengan saya?"
Tengku Ryann menggaru kepalanya sambil tersengih.
" Aku kena cari PA baru dalam masa 3hari. Lagi lagi bila aku makin busy ni, so aku nak minta tolong kau"
" Tolong apa?"
" Jadi PA aku sementara masih mencari yang sesuai"
Deanna Sufya mengeleng laju.
" Mana saya reti kerja macamtu. Lagipun saya kerja dekat kedai bunga tu dah lama. Takkan nak stop macamtu jer"
Maaf update lambat. ciannnnn cemuaaaaa bebi bebi😂😍
Sincerely,
Zatimuss🤗😜
YOU ARE READING
MRS. AWAKLAH!
Romance" Apa niat kau setuju nak kahwin dengan aku? Duit? Harta?" Sinis percakapannya. Terguris hati Deanna Sufya mendengar bait bait hinaan lelaki yang kini sudah bergelar suami. Deanna Sufya seorang gadis cantik secantik ukiran namanya. Bergelar yatim pi...