BAB 17

11.9K 405 21
                                    


      " Dah lama Deanna tak balik. Rindu pulak tijah dengan budak tu bang"Ujar Puan Khatijah, menyuarakan kerinduannya terhadap anak angkatnya itu kepada suaminya.

" Saya pun sama tijah, tak apalah. Dia dah ada suamikan"

Puan Khatijah mengangguk.

" Halah ibu, orang dah kahwin dengan orang kaya. Mana ingat kita ni ibu, sedaplah dia kikis duit laki dia" sindir Andrea Farisya.

" Mulut tu tolong jaga sikit Andrea!" tegas Puan Khatijah.

" Apa? Betullah!dia dah hidup kaya raya lah ibu! mana nak pandang ibu dah! Tulah, anak angkat kesayangan ibu yang disanjung sangat tu!" Hentakkan kakinya boleh runtuh tangga rumah teres itu.

Puan Khatijah sekadar mengelengkan kepala. Bila lah nak berubah perangai anak daranya seorang ini, pintar sangat mulut.

                            ***

        Bunyi laungan lagu lagu disco amat meriah dalam club malam itu. Dipenuhi pelbagai jenis ragam manusia. Bergelumang maksiat, minum air kencing syaitan itu.

" Sayang? Mana Ryann eh? Dah lama kot kita tak lepak dengan dia" Tanya Marian yang merupakan tunang Engku Khuzairil.

" Dia dah ada bini kan, tengah syok kena layan dengan binilah tu tiap malam" sambil meraba peha gebu tunangnya.

" Erm patutlah. Sayang...." suaranya dihaluskan sedikit bagai mengoda Engku Khuzairil

" Hmm baby.." masih meraba peha gebu Marian.

Pantas tangannya menampar tangan Engku Khuzairil yang sedang meraba.

" Tangan tu jangan over eh. Lempang satgi" tudiaaaa keluaq loghat kedah.

Engku Khuzairil terus menarik tangannya dari peha gebu Marian.

" Fine! pegang sikit pun tak boleh hek"

Marian menghadiahkan jelingan tajam dan acah ingin menumbuk Engku Khuzairil. Jangan macam macam eh, aku mengandung satgi mau aku kena pancung dengan mummy daddy.

                             ***

" Goodmorning Cik Puan. Macam mana cik puan? Dah sihat ke ni? Kalau tak sihat lagi, cik puan rest jela" tegur Leya.

Deanna Sufya senyum.

" Saya okay jelah leya. Ish saya dah habaq kat leya kan takyahlah panggil Cik puan. Panggil Deanna jer" tegasnya lagi. Yela, haritu sudah dipesannya jangan gelar dia as a Cik Puan. Bukan apa, nampak macam dia bigboss pulak cettttt.

" Baik Cik Puan.. Eh Deanna. Ha kalau Deanna sakit lagi ke apa just let me know tau"

Deanna Sufya mengangguk senyum. Baik sungguh hati pekerja pekerja disini. Alhamdullilah layanan yang sangat sempurna diberikan oleh mereka.

" Okaylah leya, Deanna masuk office dulu"

Leya turut serta mengangguk atas pamitan isteri bossnya.

Belum sempat dia temui biliknya, tertembung dia dengan Tengku Ryann. Dibelakang suaminya ada Mukhriz. Hari hari datang sini, aku pulak rasa rimas.

Tengku Ryann mengangkat bahunya dan menuding jari ke arah Deanna Sufya.

Deanna Sufya mengeluh. Berapa kali nak cakap, dah sihat. Susahlah nak faham mamat ni.

" Saya dah sihat, saya boring duduk rumah. Demam saya dah kebah" cuba dia buat muka paling minta simpati.

" I told you banyak kali dah sayang. Jangan datang office" dahi isterinya diramas.

" Oh why? Deanna tak sihat ker?" Mukhriz pulak cuba meramas dahi Deanna Sufya tapi ditepis oleh Tengku Ryann.

" Jangan sentuh isteri aku. Meeting kita dah habis, kau boleh balik"

Mukhriz senyum sinis.

" Okay fine. Get well soon sweetheart" kenyitan diberikan kepada Deanna Sufya.

Deanna Sufya sekadar senyum.

Setelah kelibat Mukhriz tidak kelihatan, Tengku Ryann ditenungnya kembali.

" Apahal kau senyum kat dia"

Deanna Sufya mengerut dahi.

" Takkan senyum pun tak boleh kot. Apalah awak ni. Dah saya nak buat kerja" kakinya laju menapak. Tapi lengannya dipegang oleh Tengku Ryann.

" Kita pergi makan dulu. Then makan ubat, baru aku benarkan kau buat kerja"

Deanna Sufya menjegil.

" Saya dah sihat nak makan ubat apanya" tegasnya lagi. Dah sihat kot, takkan kena makan ubat lagi.

" Now." arahnya lalu menapak laju ke arah lif. Deanna Sufya akur, sebelum pak rimau jadi hulk.

                               ***
      " Tu macam Deanna jer?" bisiknya dalam hati. Plannya untuk memilih cawan dibatalkan dan meluru ke arah dua figura yang sangat dikenalinya.

" Deanna!" laungnya.

Deanna Sufya memalingkan wajahnya dan terkejut melihat figura yang memanggilnya.

" Aini!"

Tengku Ryann sekadar beriak senyum apabila Aini Fariha senyum kepadanya.

" Lamanya tak jumpa kau! Rindu!" ujar Deanna Sufya yang masih dalam pelukan Aini Fariha.

" Kau tahu tak customer semua cari kau. Jenuh nak jawab" ujar Aini Fariha.

" Aku rindu nak kerja tu tau tak. Tapi apa boleh buat cik abe belakang ni ergh" sambil menjeling Tengku Ryann yang berpeluk tubuh jauh sedikit dari mereka.

" Ish kau ni tak baik. Suami tu.." lengan Deanna Sufya ditamparnya perlahan.

" Erk, eh jomlah kita pergi minum. Borak borak lama tak jumpa kot" ajak Deanna Sufya.

" Laki kau macam mana? Kau tak kerja ke ni?"

" Tunggu sat"

Deanna Sufya menapak perlahan ke arah Tengku Ryann.

" Awak"

" Apa" keningnya juga turut terangkat.

" Awak baliklah dulu. Saya nak lepak dengan Aini kat cafe atas, boleh tak?Nanti pandai pandailah saya balik office."

Tengku Ryann merenung jam dipergelangan tangannya.

" Okay. No need balik office, balik rumah terus.Tapi make sure balik sebelum pukul 8"

Deanna Sufya mengangguk laju.

" Okay, thankyou awak. Drive elok elok"

Tengku Ryann mengangguk dan menapak keluar dari mall.

" Untung laki jadi boss. Suka hati tak masuk office eh" sakat Aini Fariha.

" Ish kau ni, dah jom pergi cafe"






Happy reading everyone😍

comment "❤️" manyak manyak k😘

sincerely,
zatimuss🌹❤️

MRS. AWAKLAH! Where stories live. Discover now