Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam dari kuala lumpur hingga ke villa yang ditempah oleh Leya sebelum kami berangkat ke jakarta amatlah meletihkan.
Mesti si leya saja nak kenakan kami berdua tu yang dia tempah villa. Katanya villa lebih selesa lah bagai. Dia tak tahu plan dia tu tak ' berjaya ' hek sebab. Malas lah nak cakap.
Jadual mesyuarat suaminya dengan ahli perniagaan indonesia pada esok hari ditelitinya lagi.
Tengku Ryann yang baru selesai solat isyak datang menghampiri.
" Siap cepat "
Deanna Sufya mengangkat kepalanya yang dari tadi menyingkap helaian jadual suaminya.
" Pergi mana?"
Tengku Ryann berdecit.
" Pergi makanlah. Aku lapar dah ni, jomlah cepat siap"
" Ha kejaplah, saya tukar tudung"
Tengku Ryann mengangguk. Kakinya menapak keluar dari bilik mereka dan terus turun menuju ke ruangtamu.
Andrea Farisya mengenakan gaun pendek tiada lengan dan hanya pada paras peha turun menuruni tangga villa itu juga.
" Hi abang Ryann" bahu sasa Tengku Ryann disentuhnya dengan jari telunjuk.
Tengku Ryann yang sedang menghadap telefon bimbit tersentak. Jari tadi ditepisnya dan senyuman kelat diberikan kepada Andrea Farisya.
" Cantik tak i harini?" Andrea Farisya duduk bersebelahan Tengku Ryann. Peha Tengku Ryann diusapnya perlahan lahan.
Tengku Ryann menepis lagi sekali tangannya.
" Sayang! Cepat sikit siap tu" segera Tengku Ryann bangun namun ditahan oleh Andrea Farisya.
" Well said, dah dahlah tu i malas nak layan lakonan you dengan perempuan tu Ryann. I know you tak cintakan dia, i know hubungan korang hanya atas kertas Ryann"
" Perempuan tu perempuan murah Ryann.You jer yang tak tahu, well dipaksa kahwin dengan perempuan yang entah asal usul dari mana. I taknak cakap banyak, just be careful dengan perempuan tu. Nanti ada masa panjang i cerita kat you siapa Deanna Sufya yang sebenar ok. Silap silap belakang you banyak jantan dia tapau ops"
Tengku Ryann terhenti untuk berkata-kata. Deanna Sufya turun setelah selesai bersiap.
Wajah Tengku Ryann yang kemerah merahan ditenungnya sehingga langkahnya menjadi perlahan.
" Sorry abang. Dah lama ke tunggu sayang"
Andrea Farisya yang senyum sinis dipandangnya dari atas kebawah. Gila perempuan ni.
" Kau ingat aku ni kuli kau ker kena tunggu kau sampai berjam-jam" bidas Tengku Ryann. Terus dia menapak keluar dan menuju ke kereta.
Andrea Farisya yang turut melangkah ditahannya.
" Kau hasut apa?"
Andrea Farisya menoleh.
" Tak hasut apa pun, cuma bagitahu siapa diri kau" tangannya yang menjadi genggaman tangan Deanna Farisya ditariknya kasar lalu menapak membontoti Tengku Ryann.
Tengku Ryann segera masuk kedalam perut kereta. Andrea Farisya membuka pintu kereta hadapan kemudian terus masuk diseat sebelah Tengku Ryann.
Deanna Sufya yang baru saja keluar dari pintu utama hanya terkedu melihat Andrea Farisya masuk ke dalam kereta malah duduk dihadapan bersama suaminya.
Tengku Ryann juga tidak menghalang perbuatannya. Digagahkannya jua menapak ke kereta dan duduk dibahagian belakang.
***
Ketukan pintu utama menyentakkan lena Puan Khatijah. Segera dia bangun walaupun kudratnya untuk bangun tidak seperti biasa.
YOU ARE READING
MRS. AWAKLAH!
Romance" Apa niat kau setuju nak kahwin dengan aku? Duit? Harta?" Sinis percakapannya. Terguris hati Deanna Sufya mendengar bait bait hinaan lelaki yang kini sudah bergelar suami. Deanna Sufya seorang gadis cantik secantik ukiran namanya. Bergelar yatim pi...