Dipagi yang indah tak seberapa yang indah kerana kehadiran bunyi loceng itu Ain Aqilah sedang enak di ulit mimpi ."Adiiiiiiiiiiiiiiiiikkkk!!!!! " kedengaran jeritan raksasa daripada seseorang . sapa lagi kalau bukan .......
MUMMY .
Aqilah yang faham akan jeritan mummy nya terus bergegas ke bilik mandi untuk mandi dan solat subuh serta mempersiapkan diri untuk ke sekolah .
"Morning mummy , morning daddy , morning Along , morning Angah , morning Acik ! " sapa Aqilah sebaik sahaja tiba di ruang makan .
"harini abang hantar adik pergi sekolah nak ? " tanya Aqil Razi , abang sulung kepada Aqilah .
Aqilah lebih rapat dengan Razi kerana Razi sentiasa memanjainya .
"ofc lahh nakkkk " jawab Aqilah lalu berdiri dan memakai stokin hitam dan kasutnya . Harini Aqilah akan bersekolah di sekolah baharunya , SM SERI INDAH .
----------------------------------
"Aqilah, Cikgu Jasni akan membawa awak ke kelas awak . " Aqilah mengangguk seraya mengikuti langkah cikgu Jasni , guru kelasnya . Dia telah dimaklumkan bahawa dia akan belajar di kelas 5A .Kelas yang tadinya bising bak pasar ikan pasar ayam pasar ape ntah semua tu , serta merta diam sebaik sahaja cikgu Jasni menapak masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar .
"Assalamualaikum kelas " Cikgu Jasni memberi salami kepada mereka lalu kesemua pelajar menjawab salam guru tersebut . "Oky harini korg ade rakan baru . Perkenalkan diri awak " kata guru tersebut dan mempersilakan Aqilah memperkenalkan diri .
"Assalamualaikum ! Nama saya Tengku Ain Aqilah . Boleh panggil Aqilah . " kata Aqilah . "Aqilah awak boleh duduk sebelah Hani " . Seorang pelajar perempuan yang comel mengangkat tangan mengisyaratkan bahawa dia ialah Hani .
Aqilah menapak ke arah Hani lalu mengambil tempat di sebelah Hani . Cikgu Jasni terus keluar kelas sebaik sahaja menyuruh murid murid untuk mengulangkaji kerana guru matapelajaran ketika itu tiada .
Sebaik sahaja Cikgu Jasni keluar 2 orang pelajar dihadapan Aqilah dengan Hani memusingkan kerusi mereka menghadap ke arah Aqilah dan Hani serta duduk menghadap mereka .
" Hai nama aku Nur Syamila . Boleh panggil Mila ." Kata Mila memperkenalkan diri ." Hai nama aku Amira Nariza . Panggil Ami je . " Kata Ami .
Aqilah dan kawan kawan barunya berborak tentang diri masing masing .
❤❤❤
"macam mana sekolah dik ? " tanya Daddy sebaik sahaja dia berada di meja makan untuk makan bersama keluarganya .
"okay je . just tadi ada kisah tapi malas nak kasi tau . " kata Aqilah .
"dikk , nanti pergi bilik abang ye ? " bisik Razi yang duduk di sebelah adiknya .
'hmp mesti nak tau ni . ' getus hati Aqilah ."kedekut punye adik cite jela " kata Angah di sokong oleh ahli keluarga yang lain .
"Adik taknak citelahh adik bagitau topik panjang je . Tadi ada mamat tinggi langgar adik ." Ahli keluarganya hanya mengangukkan kepala sahaja .
--------------------------------------
"hmm nape suruh pergi sini " tanya Aqilah sebaik sahaja duduk di atas katil empuk milik Alongnya ."Adikkk citelah citelahh " rayu along kepada Aqilah . Dia tahu bahawa adiknya pasti akan menceritakan peristiwa 'perit' itu kepadanya .
Flashback
" mane tandas nii !!! " rungut Aqilah di dalam hatinya kerana tidak menemui jalan untuk ke tandas . Sedang kalut Aqilah mencari tandas tiba tiba dia merasakan bahawa dia telah melanggar seseorang .
"ehh sorry sorry " Kata Aqilah memohon maaf pada lelaki di hadapannya .
'kacak'
"kau takde mata ke tempuh orang sesuka hati hah?! " jerkah lelaki itu pada Aqilah . "ewah ewah banyak cantik hang . dahlah kau yang tempuh aku pastu aku mengalah then minta maaf kat kau suka hati kau je erkk marah aku" jawab Aqilah .
'eeee geramnya hati cheq! ' getus Aqilah .
"tengok kau buat baju aku " kata lelaki itu . "ehh kau yang langgar aku pastu salahkan aku " kata Aqilah dalam nada yang geram . "tulahh kau pendek sangat sampai tak nampak " ujar lelaki itu lagi .
'what?!' . "ehh kau tu tinggi sangat sampai org takleh nampak . " pantang mak nenek datuk moyang beribu moyang aku kalau orang ejek aku pendek nii .
"dah pendek salah orang yang tinggi . " Aqilah hanya diam dan berlalu pergi .
Malas hendak melayan orang eh beruk yang kurang kasih sayang bukan kurang tapi takde langsung .End Flashback
"HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHHHHAHAAHH " ketawa Razi ketika mendengar cerita adiknya .
Berguling guling si along ketawa apabila mendengar kisah tersebut . Dia tahu bahawa adiknya itu tidak suka digelar pendek . Oleh itu, tiada siapa yang berani menggelar adiknya itu dengan pendek agar tidak berlaku gunung berapi .
"ishh along ni dia ketawa pulakkk . ehh adik pergi bilik lahh nak rehat . cakap dengan along esok pun adik tak tidur . " kata Aqilah seraya menuju ke biliknya untuk tidur .
❤️❤️❤️
kringgg kringg kringg ..
loceng berbunyi menandakan akan bermulanya sesi pembelajaran . Semua pelajar bergegas pergi ke kelas sebelum para pengawas mula meronda . Tidak terkecuali juga Aqilah,Mila,Hani dan Ami .Ketika Aqilah,Mila,Hani dan Ami sedang berborak tiba tiba seorang lelaki masuk ke dalam kelas .
"Okay semua , cikgu Jasni cakap cikgu Sains kita,Cikgu Hajijah still khursus so korang ulangkaji subjek sains memandangkan kita akan menduduki SPM tahun ni . " kata lelaki tersebut . Aqilah yang melihat lelaki itu terpaku apabila lelaki tersebut adalah lelaki yang menempuhnya semalam .
"Siapa tu? " Tanya Aqilah apabila lelaki tersebut duduk di meja bahagian sekumpulan lelaki yang goodlooking .
"Dia ketua pengawas sekolah ni . Dia ni famous lahhh sebab full package katakan . Dia ni ada geng . Mana mana je diorang pergi mesti bersama . Dua semalam takde sebab ada tugas . Yang tu Fazli , yang tu Mizan n yang tu Izwan . oh lupa ketua pengawas tu pulak Tengku Farhan Farzil . Panggil je Farhan . " terang Ami panjang lebar .
❤️❤️❤️
"ishhh lamanya along ni . Tadi dia yang suruh orang jangan lambat tapi dia pulak yang lambat eeee ! " rungut Aqilah apabila merasakan alongnya mengambil masa yang lama untuk menjemputnya .
"hoi ! " jerkah seseorang membuatkan Aqilah terkejut . Apabila dia menoleh untuk mengetahui gerangan yang 'baik hati' mengejutkannya .
"kau nak apa gile ?!" balas Aqilah kasar apabila dia melihat Farhan berada di sebelahnya .
"Aku nak bagitahu kau yang kau ada hutang dengan aku pasal haritu " kata Farhan .
Aqilah menjulingkan matanya ke atas . Baru sahaja dia hendak membuka mulut untuk menjawab kata kata Farhan namun terhenti apabila dia melihat kelibat kereta alongnya . Dia melangkah ke arah alongnya dan masuk ke dalam kereta .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomanceAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...