" kau tu tidur je kerja kau " sampuk satu suara . Aku menjeling .
" sukahati akulah " aku menjawab .
Belum sempat Farhan menjawab , Papa bersuara .
"dahdah korang ni . Asyik gaduh aje . Dari tadi lagi " kata papa .
Aku tersengih .
Selesai mencuci pinggan aku menuju ke arah ruang rehat dimana mama , papa , Fauza dan Farhan berehat .
Aku mengambil tempat di sebelah Farhan . " haaa Aqilah . Happy tak hidup dengan Farhan ? " tanya Mama .
Aku memandang Farhan . Farhan menjungkit bahu menandakan tidak tahu .
" emm okay je . Tapi tulah maa Farhan ni suka sangat sakat Qilah maa ." aku mengadu kepada mama .
Haa rasakan . Kau taknak tolong aku jawab soalan mama tadi kan .
Kami berborak . Kadangkala kami tergelak apabila melihat celoteh si Faiza . Sedang seronok kami bergelak tawa , seseorang memberi salam .
" Assalamualaikum " seorang gadis memberi salam . Aku melihat ke arah nya .
Cantik . Berkulit putih , tinggi lampai , body yang langsing . Tapi sayang , aurat tak terjaga . Pakai dress paras betis , dress ketat , make up tebal sepuluh inci . Apalah manusia zaman sekarang ni .
" waalaikummussalam " Mama menjawab salam gadis itu . Mama menjemput gadis itu untuk duduk sekali bersama kami .
Dia mengambil tempat di sebelah Faiza .
" uit . Sapa dia ni " bisik ku kepada Farhan yang duduk disebelah .
" dia nilah sepupu aku yang aku cakap tadi " Farhan menjawab bisikan aku .
Ehh sejak bila dia cakap ?
" bila masa pulak kau cakap " aku mengerutkan dahi .
" kau ni ! Ada lah aku cakap . Kat kereta tadi " Farhan menepuk dahinya .
Aku baru teringat dia cakap tadi .
" tadi kau cakap saudara enn ?" aku menutup salah aku . Tapi betullah dia cakap macam tu tadi . Enn en ?
" Ya Allah bini aku ni ! Saudara tu sama je lah dengan sepupu " Farhan berbisik dalam nada yang geram .
" haa kamu berdua tu bisik apa ?" tegur Papa yang melihat kami berbisik .
" ni dia ni . Tak faham faham ." Farhan menjeling geram .
" kau saja enn nak malukan aku ? " aku memandang wajah Farhan . eee beso kecik beso kecik je aku tengok dia ni .
" haa dahdah " Mama menghalang kami dari bergaduh .
" Haa Aqilah , ni Khairina Azira . Call her Zira . And Zira , ni Ain Aqilah , menantu aunty . Call her Aqilah .
" Hai Farhan ! Zira rindu Farhan tau tak . "
Dia berdiri lalu duduk di antara aku dan Farhan . Wth ! Dhlh ni muat untuk dua orang je . Dia gi duduk kat tengah tengah ni . Dia tak tau ke halal haram bersentuhan dengan lelaki ni ? Aku bangun lalu mengambil tempat di sebelah Faiza ." Kak , biarkan je perempuan tu . Dia tu memang gedik sikit . Bukan sikit banyak tau ." Faiza berbisik kepada aku .
" Mama , Papa , Faiza dengan kak Qilah naik dulu tau . Kitorang ada hal anak muda jap . Tata " tanpa menunggu balasan dari Mama dan Papa , Faiza menarik aku menuju ke arah biliknya .
Setibanya di dalam bilik Faiza , dia menyuruh aku untuk duduk di sofa yang tersedia di biliknya .
Faiza mengeluarkan beberapa keropok dari almari .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomanceAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...