Farhan menekup mukanya dengan kedua dua tangannya . Jantungnya bergerak laju , menunggu keputusan doktor .
Seorang doktor perempuan keluar dari bilik rawatan Aqilah .
" erm , awak suami pesakit ke?" soal Doktor itu menunjuk Farhan . Menandakan bahawa dua menyoal Farhan .
" haa ye saya " Farhan menjawab kalut .
" erm , maafkan kami , kami dah berusaha yang terbaik . " Kata doktor itu .
Farhan dapat menghidu sesuatu yang buruk dari pernyataan doktor itu .
" Isteri awak selamat . Tapi , kandungannya gagal untuk kami selamatkan . Kandungan masih muda dan lemah membuatkan ia gagal diselamatkan selepas kena hentak berkali kali . Keadaan isteri awak pun kritikal . Berkemungkinan besar dia akan mengalami amnesia sebab kepala dia mengalami hentakan yang kuat berkali kali . " Doktor itu menunduk . Kasihan dengan pesakitnya . Umur masih muda , tapi dah keguguran .
Farhan terduduk apabila mendengar berita itu .
"Allah" hanya kalimah itu yang meniti dibibirnya .
Setitik demi setitik airmata lelakinya keluar . Faiza disebelahnya mengusap belakangnya , memberi sokongan . Ahli keluarga mereka yang lain juga bersedih atas berita yang diterima .
❤❤❤
Hari berganti hari , minggu berganti minggu .
Sudah hampir 2 bulan Aqilah tidak menyedarkan diri . Farhan pula tidak henti henti mendoakan agar isteri tersayang sedar . Hari hari dia membisikkan kata kata semangat kepada Aqilah . Membangkitkan semangat Aqilah untuk terus melawan sakitnya .
Farhan duduk di atas kerusi bersebelahan katil Aqilah . Tangan Aqilah digenggam .
" Aqilah bangunlah . Aku rindu kau . Aku nak kau . Aku sayang kau . Aqilah , lawanlah sakit kau " Airmata Farhan buat seberapa kalinya menitis . Sayu hatinya melihat keadaan Aqilah .
Farhan merasakan jari Aqilah bergerak . Farhan kaku . Melihat sekali lagi untuk memastikannya .
Ya , benar .
Jari Aqilah bergerak . Dia melihat wajah Aqilah .
Aqilah sudah sedar !
Farhan tersenyum lebar .
Mulut Aqilah seakan akan bergerak . Cuba untuk menyampaikan sesuatu .
Farhan mendekatkan telinganya .
" ka...kalau a...ku ddd..dah takda , cc..ari pengganti aku . Jj..angan sedih sedih . Sorry , se..sebab tak ppandai j..aga dd..iri . Aku sayang kau " Tersekat sekat suara Aqilah . Airmatanya jatuh .
Tiba tiba mesin nadi Aqilah berbunyi tidak stabil
Farhan segera memanggil doktor .
Beberapa orang doktor dan jururawat berlari menuju ke tempat Aqilah .
Farhan diminta untuk keluar . Dengan hati yang berat,Farhan melangkah keluar .
" Doktor , jantung pesakit masih berdegup tapi lemah " ujar seorang jururawat .
" Nadi lemah doktor" ujar lagi seorang jururawat .
Doktor memberikan arahan kepada mereka . Mereka hanya menurut dan melakukan tugas mereka penuh cermat .
Sedang mereka 'berperang' , mesin nadi Aqilah tiba tiba berbunyi
tit tit tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit .
Bunyi tersebut membuat para doktor dan jururawat yang ada disitu bimbang . Namun mereka masih meneruskan .
Dalam hati mereka , mereka memohon kemudahan dari Allah S.W.T .
Farhan tidak senang duduk . Sudah berjam jam Aqilah dirawat . Doktor masih belum keluar .
Kesemua ahli keluarganya datang setelah dia memberitahu keadaan Aqilah .
' Ya Allah selamatkanlah Aqilah ' Ayat itu tidak berhenti Farhan sebut dalam hati .
Sesungguhnya kehilangan sangat menyakitkan .
oky alls! hullahulla ! part doktor tu sumpah mngrut . sorry laa:)
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomanceAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...