Sudah tiga hari berlalu kejadian Aqilah hilang di mall . Keberadaan Aqilah masih tidak dapat dikesan mana mana pihak mahupun polis . Proses pencarian sedang dilakukan . Agak susah proses pencarian kerana Aqilah hilang di tempat yang besar dan sukar untuk dijejaki .
Dua hari yang lepas , Farhan bermalam di rah ibubapanya . Hanya riak yang lesu terpampang . Istilah makan tidak wujud dalam diri Farhan sekarang . Hanya satu yang ada di fikirannya .
Dimana Aqilah?
Itulah yang dia fikirkan . Berita kehilangan Aqilah membuatkan semua ahli keluarganya bersedih . Manakan tidak , satu satunya puteri mereka telah hilang tanpa jejak .
Adakah Aqilah diculik?
atau
Melarikan diri?
Farhan termenung sendu di balkoni . Terimbas kembali kenangan bersama Aqilah . Sungguh dia rindu akan wajah tersebut .
" abang , makanlah dulu . " Faiza memujuk abangnya untuk makan .
"abang taknak makan . Abang nak kak Qilah . Dia sihat tak? Dia okey tak? " Farhan berkata namun matanya masih tertancap ke arah luar balkoni .
"abang , abang sayang kak Qilah tak? " Faiza bersuara .
Farhan mengangguk .
" abang nak dia risau tak?" Faiza menyoal.
Farhan menggeleng .
"kalau macamtu abang kena makan . Kalau kak Qilah tau mesti dia risau . " Faiza cuba memprovok abangnya .
" mesti kak Qilah sedih kalau abang tak makan . Sian kak Qilah , suamj dia tak nak makan " Faiza cuba lagi memprovok abangnya .
Faiza menyuapkan sesudu bubur kepada abangnya .
Lama lama baru Farhan menerima suapan dari Faiza .
Tiga suap masuk ke dalam mulut Farhan . Dia berhenti .
Faiza hanya mengikut kehendak abangnya . Baginya , sekurang kurangnya Farhan masih mahu makan .
Muka Farhan yang tiada apa apa perasaan tadi mula bertukar menjadi serius apabila mendapat satu mesej .
Dia menghulurkan telefonnya kepada Faiza .
" Eh abang sapa ni? " Faiza bertanya cemas .
Terkejut dua beradik itu apabila melihat seseorang menghantar gambar Aqilah yang terbaring lemah di dalam sebuah bilik usang .
Dendangan bunyi lagu Pulang bermain di telefon Farhan .
Nombor tadi menelefon Farhan .
Dengan pantas , Faiza menekan button hijau . Mood loudspeaker di on .
" Hai Farhan . "
seseorang menyapa dari sana . Kedengaran suaranya agak familiar .
" kau nak apa?!" Farhan bertanya kasar.
" kau nak Aqilah tak? " Farhan terkelu.
" kalau kau nak dia datang dekat sini . Bawa family Aqilah sekali . Jangan report polis, kalau tak , Aqilah mati . Aku bagi masa 12 jam untuk kau . Lewat sesaat pun kau tak jumpa Aqilah lagi . Location nanti aku send " Seraya berkata , dia menamatkan panggilan .
Farhan buntu . Mencipta satu strategi untuk mendapatkan Aqilah .
Dia sedar bahawa dia tidak boleh terburu buru ketika ini .
Satu idea datang menjengah ke dalam otak .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomanceAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...