" Deena ? Aini ? " Farhan terkejut .
" yes kitorang . Untuk pengetahuan korang , kitorang adalah kembar tak seiras . " Jelas Aini .
" kenapa kau buat semua ni? Apa salah family Aqilah? Dendam apa yang korang balas? " Soal Farhan bertalu talu .
" Okyy . Kitorang akan cerita semuanya kat kau . " Deena bersuara .
" Dulu , ayah kitorang adalah rakan sekerja daddy Aqilah kat syarikat datuk kitorang . Then, atuk kitorang wasiatkan syarikat tu kat diorang berdua . Tapi, kau! kau tamak! " Aini menundingkan jari ke arah daddy Aqilah .
" kau bunuh ayah kitorang sebab kau nak ambik semua syarikat tu . Kau bunuh ayah kitorang !" Perasaan marah Aini semakin meluap .
" kamu dah salah faham . Pakcik tahu kamu dengar cerita tu dari ibu kamu . Sebenarnya , beberapa bulan lepas datuk kamu meninggal , ayah kamu ajak pakcik jumpa kat syarikat tu . Petang tu , masa kitorang kat syarikat tu , ayah kamu cuba nak bunuh pakcik sebab ayah kamu yang tamak . Tapi, pakcik pertahankan diri .
"Masa ayah kamu hampir tembak pakcik , salah seorang anggota polis terlebih dahulu bertindak . Tembakan tersebut tepat di buah pinggang ayah kamu menyebabkan dia tidak dapat diselamatkan . Pengawal yang bertugas masa tu yang call polis sebab dia tengok ayah kamu nampak macam pelik and bawa pistol masuk . "
Terpampar riak kecewa daddy Aqilah apabila mengenangkan sifat tamak rakannya kongsi nya itu .
" arghh kau tipu! " Deena memaparkan riak bengis .
" apa bukti kau?! " Suara Aini meninggi seoktaf .
" rakaman video ayah kamu hampir bunuh pakcik tu, pakcik masih simpan . Pakcik ada bawa sebab hati pakcik kuat menyatakan perkara ini memang akan berlaku dan masa itu ialah sekarang . Pakcik tetap simpan walaupun itu kenangan yang sangat pahit . " Ayah Aqilah berkata sayu .
Sebuah rakaman video dipamerkan dihadapan mereka . Segala penceritaan daddy Aqilah semuanya sama . Tiada menyimpang sikir pun .
Deena dan Aini menangis . Perasaan kecewa , malu dan serba salah bercampur baur .
Mereka sujud di kaki daddy Aqilah memohon maaf .
Mereka berdiri lalu mengacukan pistol ke arah diri masing masing .
Ya, mereka hendak bunuh diri . Farhan keliru dengan apa yang harus dia lakukan . Jarak mereka terlalu jauh darinya . Ketika picu pistol hampir sahaja ditekan seseorang menembal pistol mereka membuatkan pistol mereka terjatuh .
Dia ialah polis yang Farhan telefon untuk menolong mereka ketika dalam keadaan yang terdesak .
Farhan segera berlari menuju ke arah Aqilah dan mertuanya . Ikatan di tangan dan di kaki mereka dibuka .
Dia tidak mengetahui apa yang terjadi terhadap Aini dan Deena . Yang penting adalah Aqilah .
Tepat pada masanya , sebuah ambulan tiba .
Farhan masuk ke dalam ambulan sekali untuk menemani Aqilah . Manakala ibubapa Aqilah menaiki kereta Farhan untuk ke hospital .
❤❤❤
Bunyi lagu berdendangan di smartphone Farhan menandakan ada panggilan dari seseorang . Farhan mengangkat dengan segera .
" Hello Farhan . Ni Kamadh . Saya polis yang ada masa kejadian semalam . Saya just nak bagitahu , Aini dengan Deena akan dihantar ke pusat pemulihan . " Ujar seseorang di hujung panggilan .
" Hello . okay . Terima kasih atas pertolongan encik " Farhan berkata lalu panggilan dimatikan .
Sanggup diorang seksa Aqilah macamni .
Hati Farhan terguris apabila teringat luka luka yang ada di tubuh badan Aqilah .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomansaAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...