Doktor yang merawat Aqilah melangkah keluar dari bilik rawatan . Riak wajah yang sedih terpamer di wajahnya .
Dia melangkah ke arah Farhan .
" Aqilah hanya mampu bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan yang kami sediakan . Tak baik biarkan dia terseksa . Saya rasa kamu semua kena bersedia terima . Kami terpaksa bukakan alat bantuan tu esok . " Doktor itu menunduk . Turut merasakan kesedihan mereka .
Farhan yang mendengar berita itu terduduk di kerusi .
' Allah . Aku tak kuat , ya Allah . '
Farhan masuk ke dalam bilik rawatan Aqilah .
" Aqilah , aku sayang kau . Aku cinta kau . sangat sangat . Aqilah , kau janji kat aku yang kau nak jaga aku , kau nak sayang aku . Kotakan janji kau Qilah . Bangunlah aku merayu . Kalaulah masa dapat putar balik , aku akan hargai kau . Aku takkan biarkan setitik pun airmata kau jatuh . "
Airmata Farhan turun semakin lebat . Diluar juga turut hujan . Seolah olah memceritakan isi hatinya .
Disaat dia mulai mencintai , yang dicintai pula bakal pergi .
Tiada siapa yang tahu isi hatinya .
Hanya nama Aqilah di hati .
Tiada yang lain .
Akan dia simpan teguh cintanya untuk Aqilah .Tiada yang dapat mengatasi cinta kita apa adanya
Hariku lebih indah pabila kau ada
ku menunggu kau pulang
pulang sekarangFarhan menghamburkan tangisannya .
Ahli keluarganya yang lain juga turut bersedih .
Hani , Mila dan Ami berpelukan . Memberi semangat kepada diri masing masing .
❤❤❤
I've got so much to say
so you can't goHari ini . Ya hari ini . Hari ini alat bantuan peranafasan Aqilah akan dibuka . Kemungkinan Aqilah untuk hidup amat tipis . Hanya berharap kepada kekuasaan Allah . Adakah keajaiban yang akan berlaku .
Farhan dan keluarganya serta kawan kawannya berkumpul di bilik rawatan Aqilah . Turut ada juga doktor yang bertanggungjawab membuka alat tersebut .
Farhan menatap sayu ke arah tubuh kaku Aqilah . Airmatanya berharganya sekali lagi turun . Meluahkan isi hatinya . Suasana di dalam bilik itu juga teramatlah memilukan . Hanya kedengaran esak tangis ahli keluarga dan rakan .
❤❤❤
'kenapa ni? mana datang suara orang menangis ramai sangat ni? tu suara family aku dengan kawan ii aku laaa ' Aqilah terpinga pinga .
" aku kat mana ni? " Aqilah melihat ke arah sekelilingnya .
Hitam . Namun seperti ada lampu yang menerangi jalannya .
Aqilah berjalan tanpa hala tuju .
Sementara di sana .......
Farhan melangkah ke arah jasad Aqilah yang kaku .
" Assalamulaikum , Aqilah........... " Farhan berbisik .
Dan Aqilah ..........
" Assalamualaikum, Aqilah" kedengaran satu suara yang amat dia kenali . Aqilah menoleh kebelakang .
Farhan . Ya suaminya .
Aqilah hendak melangkah namun entah nengapa kakinya serasa digam .
" Aqilah , aku sayang kau sangat ii . aku cinta kau . Aqilah , aku merayu sekali lagi kat kau. kuat lahhh . bangunlah Aqilah . " Farhan mempamerkan riak wajah yang sedih .
" adakah ini kali terakhir aku tengok wajah kau , Qilah ? aku tau kau dengar Qilah . Kuatlah demi keluarga kita . Rumah tangga kita dan kawan kawan . Kalaulah takdir menentukan kau pergi dulu "
kata kata Farhan terhenti .
" a-aku redha . " lama-lama bayangan diri Farhan hilang . Aqilah berlari ke arah tempat Farhan berdiri tadi . Dia mencari kemana hilangnya Farhan .
Dan tiba tiba pandangannya menjadi gelap .
Disana ...
Alat bantuan pernafasan Aqilah dicabut . Tiada reaksi dari Aqilah .
Doktor yang merawat Aqilah melangkah ke arah Aqilah . Dia memeriksa nadi Aqilah di tangan dan juga hidung .
Tiada .
Doktor itu sekali lagi cuba memeriksa .
Juga tiada .
Ahli keluarga Aqilah dan kawan ii nya menghamburkan tangisan mereka seolah ii faham apa yang doktor itu sampaikan melalui riak wajahnya .
" Aqilahhhh!! " Farhan seolah olah tidak percaya . Farhan tersungkur .
' Ya Allah sesungguhnya ujian mu ini sangat berat ya Allah . '
tak bisa ku percaya
bahwa kau sudah tiada
ku takkan menerima kenyataan
kisah kita
tolong tolonglah pulang
ku rindu wajahmu
senyuman manis mu sayang .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
Storie d'amoreAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...