Daddy Jeon | JJK
04
---
Gif ni mengancam kan?
Saya harap anda enjoy bab kali ini.
---
"Cik Park Young Mi kan? Saya Jeon Jungkook. Your one day boyfriend."ujarnya ringkas bersama nada suara garau yang mendesup terus ke hati aku.
Kepala aku mengangguk kekok. Setapak kaki lelaki itu melangkah ke hadapan, setapak juga aku mengundur ke belakang.
"Cik kena rileks. Tarik nafas,hembus. Tutup dulu kelopak mata. Cubalah."ujarnya lagi apabila aku tetap memberi respons yang dingin.
Memang aku nampak dingin di luar. Masalahnya, dalam hati dah berdebar sakan.
Pada masa yang sama juga, aku sempat lagi memaki Park Jimin yang sengaja mengenakan aku.
Bagaikan anak kecil yang patuh dengan arahan bapanya, aku menutup kelopak mata.
Nafas aku tarik dan seterusnya aku hembus perlahan.
Kau kena bertenang, Young Mi. Jangan tunjukkan sangat diri kau tu cuak.
Pinggangku tiba-tiba dirangkul mesra oleh seseorang. Satu ciuman pantas dihadiahkan di kelopak mataku.
Spontan aku membuka mata.
Ya tuhan. Ampuni aku.
Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ' Daddy Jeon' itu melepaskan lengannya yang melingkari pinggangku.
Kedua-dua tangannya menolak bahu aku sehingga tubuh badan aku terdorong ke belakang.
----
"Eh apa main tolak-tolak ni daddy Jeon? S-saya sumpah ni bukan idea saya tempah awak. Kawan saya si Jimeng tu punya idea. A-awak hentikan jelah eh?"pinta Young Mi.
Punggung gadis malang tersebut mendarat di atas sofa empuk yang terletak di sudut kiri ruang tamu. Televisyen yang terbuka ditutup oleh lelaki itu.
Jungkook melirik manja ke arah Park Young Mi. Lalu,dia sandarkan badannya di kabinet televisyen sambil matanya licik memerhati wajah polos gadis tersebut.
"Kau innocent dan aku sukakannya."
Jeon Jungkook berdiri di hadapan Park Young Mi. Tangannya mengisyaratkan agar gadis itu datang dekat kepadanya.
"S-saya tak faham. Apa semua ni Jeon Jungkook? A-awak datang dari mana?"
Jungkook membalas soalan Young Mi dengan senyuman tipis. Jarinya menunjukkan isyarat mini heart kepada Young Mi.
Kot yang dipakai dicampaknya ke bawah lantai.
Tali leher yang tersarung di kolar baju dilonggarkannya dalam tindakan perlahan.
Jungkook tahu kelemahan para gadis. Dia cuba manfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang dia miliki.
Lagipun dia harus kekalkan prestasinya sebagai seorang daddy yang terhebat.
Satu, butang paling atas kemeja putihnya dibuka.
Dua, butang seterusnya dibuka pula.
Matanya fokus terhadap Young Mi.
Ketiga, dia melangkah laju ke arah gadis itu.
Seperti dirinya sudah ditetapkan dengan rancangan untuk memuaskan hati pelanggan, bibirnya terlebih dahulu mara ke destinasi utama.
Bibir Young Mi sedikit demi sedikit terhapus jaraknya dengan bibir Jeon Jungkook.
"Jangan hentikan tugas aku sekarang. Kelak, kau akan rindukannya."ujar Jungkook begitu mesra.
Jari-jemarinya mendarat di helaian rambut milik Young Mi.
"Izinkan aku untuk teruskan perkhidmatan. You gotta love this romantic version of daddy Jeon."
-TBC-
A/N:
Daddy Jeon ni satu je masalah dia.
Kalau bab goda orang, dia takkan minta izin.
Bab seterusnya, saya jamin anda akan gelak. Plot 'Daddy Jeon' sangat unik. Lain daripada lain. 🌚
Hahahaahaha.
"Terima kasih walaupun karya ini baru mencecah angka empat bab setakat ini."
🎈
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin