Daddy Jeon | JJK
06
---
"D-daddy Jeon, bangunlah. Takkan saya bagi satu sepakan, daddy dah K.O?"ujar Young Mi dengan perasaan serba-salah yang menggunung tinggi.
Tangannya setia menggenggam sepaket ais. Hujung kaki milik Jeon Jungkook dikuisnya perlahan. Setelah menunggu hampir 30 minit, lelaki itu akhirnya sedar daripada pengsan.
Jungkook menolak selimut tebal yang membaluti badannya. Kelopak matanya dibuka separuh.
"S-sakit ke? Saya ada bawakan ais untuk letak dekat ehem Daddy Jeon."jelas Young Mi bersama nada suara yang sengaja diperlahankan.
Riak wajahnya masih kekal cemas apabila Jeon Jungkook memandangnya dengan raut wajah dingin dan kerutan yang ketara di dahi.
Jelas sungguh lelaki itu sedang menahan kesakitan akibat tendangan penalti padu daripada Park Young Mi.
"Kalau aku mandul, kau akan tanggung. Siapa suruh k-kau sepak aku dekat tempat ni, Cik Young Mi?"soal Jungkook.
Paket ais yang berada di dalam genggaman tangan Young Mi segera diambilnya. Jungkook menyandarkan badan di kepala katil.
"Saya tak nak bertanggungjawab. A-awak yang goda saya !"bidas Park Young Mi. Bibirnya diketap tanda geram.
Matanya berapi memandang gelagat gadis itu. Entah, dia berasa geram tetapi ada sesuatu desakan dalam hati yang memaksanya agar dia tetap memandang wajah Park Young Mi.
"Perempuan degil macam kau ni patutlah sampai sekarang takde teman lelaki. Ganas sangat."
---
Berdesing telinga aku apabila kata-kata perlian pedas yang keluar daripada mulut Daddy Jeon.
Amboi kau ni, daddy. Bukan setakat miang, mulut pun macam puaka.
"Sudahlah, saya nak keluar dulu. Kalau awak rasa dah okay, saya j-jemput awak turun makan dekat bawah. Saya pergi dulu. Bye!"ujar aku laju seperti sedang rap.
Gelakan menggoda yang terbit dari bibirnya. Segalanya yang dilakukan oleh daddy Jeon membuatkan aku mudah lemah.
"Aku tahu kau takut untuk hadap aku, Cik Young Mi. Kau kena berani. Berani!"
Aku menggelengkan kepala untuk membantah kata-kata Jungkook. Aku segera menutup pintu bilik tetamu itu.
Aku sandarkan badan di luar pintu dengan tangan yang ditekapkan di permukaan dada.
"Dia s-sengaja goda aku. Dasar daddy!"
Perkara terakhir yang aku dapat lihat sebelum aku menutup pintu?
Sudah semestinya kelibat lelaki penggoda itu sedang melucutkan butang baju kemejanya sehingga habis dan juga..
Matanya yang menghantar renungan tajam bersama bibir yang bergerak menuturkan satu baris ayat.
"Aku tahu kau sukakannya."
Tuhan, mohon selamatkan aku daripada manusia seksi ini.
-TBC-
A/N:
Update selesai untuk minggu ini. Saya akan berhenti untuk beberapa hari.
Jangan rindukan Daddy Jeon pula.
Kita berjumpa lagi hujung minggu ini.
Salam sayang untuk semua.
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin