Daddy Jeon | JJK
Bab 9
A/N:
Just want to says something."Let's us keep loving our seven wonderful boys. Thanks for another 7 years."
---
Park Young Mi sibuk dengan tugas mengemas meja sehingga dia sendiri tidak sedar Jeon Jungkook sedang memerhatinya dengan begitu lama.
Bibir lelaki itu terbuka kerana dia ingin menuturkan kata. Namun, dia mengambil keputusan untuk kekal bisu pada waktu itu.
Waktunya untuk pulang ke rumah sudah tiba. Jungkook masih tidak berpuas hati dengan penerimaan Young Mi terhadap layanannya.
Apa kurangnya dia?
Di mana kelemahan daddy Jeon? Dirinya sendiri juga tidak pasti.
"Aku dah nak beredar. Tapi, sebelum itu, biar aku beraksi."tuturnya perlahan sebelum kaki lelaki itu melangkah ke arah Young Mi.
---
Aku gosok pinggan dengan kuat. Terasa berbahang belakang tubuh badanku akibat ditenung berterusan oleh si anak Jeon itu."J-jangan pandang saya boleh? Asyik nak menggatal je daddy Jeon ni."rungutku lagi.
Bunyi kerusi ditolak tidak langsung menarik minatku untuk terus memandang ke belakang.
"Aku minta diri untuk balik dulu. Kalau rindu daddy, just call me later."
Aku berdecit halus akibat kata-kata semanis gula yang meletus keluar dari mulut lelaki itu.
Aku tahu jika bukan disebabkan perkhidmatan ini, kau tak akan layan perempuan macam aku ni.
"Tak sudi dah ke nak pandang aku? Kasihan aku kan? Hurm."ujarnya penuh sayu dan terselit nada romantis.
"Tak. Daddy Jeon pergi balik sekarang. Tempoh dah tamat. Saya tak nak renew."
Bahuku seakan disentuh oleh jari seseorang. Dengan spontan, kepalaku menoleh ke arah belakang.
Jeon Jungkook sempat menghadiahkan riak wajah yang sukar ditafsirkan.
Keningnya terjungkit dalam gaya nakal. Bibirnya terkatup rapat. Namun, hujung bibirnya sedikit menaik dan ianya membentuk senyuman sinis.
"Hadiah perpisahan untuk Park Young Mi. Dalam kiraan satu, dua dan.."
Kedua-dua pipiku dipegang oleh kedua-dua tangannya.
Wajahnya mendekat secara berbahaya. Sukar bagiku untuk mengelaknya kali ini.
"-dan tiga!"sambung Jungkook sebelum bibirnya mendarat di permukaan bibirku.
Kali ini aku tidak membantah. Ternyata godaan daddy Jeon itu begitu kuat.
-TBC-
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin