Daddy Jeon | JJK
13
A/N: Dalam bab ini, anak Jeon akan kembali menggoda.
"Read at your own risk."
----
Aku menampar kedua-dua pipi agar aku segera berpijak ke alam realiti . Fikiranku asyik mengulang insiden penampakan susuk tubuh tidak berbaju Jeon Jungkook sebentar tadi seperti sebuah kaset radio yang telah rosak.
Dalam ramai-ramai pelanggan, aku menjadi sedikit hairan. Rumah aku juga yang menjadi sasaran daddy Jeon untuk singgah. Takkanlah lelaki ini rindu betul dengan aku sehinggakan dia tetap menjadikan rumah aku sebagai tempat singgahan utama.
"Young Mi, aku nak join kau sarapan sekali boleh tak?"
Oh, tuhan. Lelaki seksi dan menggoda itu sudah munculkan diri. Aku harap aku tidak akan mudah jatuh tersungkur. Setakat nak tergoda sedikit tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
Aku cuma bimbang diri yang lemah ini menjadi mangsa yang terperangkap begitu mudah dalam godaan si daddy Jeon.
---
Jeon Jungkook berjalan mendekati tubuh badan Young Mi yang sedang berdiri kaku di hadapan sinki. Dia sendiri berasa bingung dengan perlakuan wanita itu.
Young Mi sudah tidak sudi untuk melihat wajahnya? Sudah tentu tidak. Jungkook menganggap wanita tersebut masih berasa malu akibat insiden yang berlaku sejam yang lepas.
Otak licik lelaki nakal itu cepat bertindak. Dia sudah tidak sabar ingin melaksanakan misinya untuk menggoda Park Young Mi.
Biar dia nampak terdesak, asalkan hati dan perasaan Young Mi berjaya ditakluknya dalam masa terdekat.
Pinggang wanita itu dirangkulnya dari arah belakang. Satu taktik yang sudah dilihat normal oleh seseorang yang bergelar daddy. Serta-merta tangan Young Mi yang sedang sibuk membasuh pinggan terhenti mengejut.
Young Mi pada awalnya ingin menolak kelakuan tidak sopan Jeon Jungkook. Namun, bahunya terkunci rapat kerana tangan lelaki itu sudah menggenggam bahunya dengan begitu kemas.
Pinggan dalam genggaman tangannya terhempas agak sadis ke dalam sinki. Tubuh badannya terasa ditolak rapat dan kasar ke arah sinki.
Hampir dia menjerit apabila bibir edisi terhad milik Jeon Jungkook sudah aktif bergerak meninggalkan jejak dalam misi menggoda hati Young Mi yang sudah sedia lemah.
Mulutnya ditekup oleh tangan Jungkook. Helaan nafas hangat yang datang daripada lelaki itu menyebabkan suara hati Young Mi menjerit kekalahan.
"Kau diam. Let me enjoy my breakfast today."
-TBC-
A/N:
Sambil taip bab ini, sambil tu juga saya mengucap panjang.
Yang inesen tu, saya mohon maaf dari awal. Nama pun story..
'Daddy Jeon'
Sudah tentu jalan ceritanya pun agak luar biasa.
Jumpa lagi dalam update yang seterusnya pada hari ahad ini.
---
Berapa stars untuk bab kali ini?
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin