Daddy Jeon • jjk
22
A/N:
Daddy Jeon sudah bersedia untuk mengganas. Eh. Grab your popcorns.
🍵
Patutkah aku sendiri bertanya kepada Jungkook berkaitan khabar angin ni?
Kalau betul-betul dia gila, habis aku dikerjakannya. Nak lari pun tak boleh, aku sendiri yang bersetuju untuk menjadi wife dia.
Kelopak mata aku cuba pejam rapat. Mungkin aku perlu lelapkan mata sebentar. Moga khabar angin ini dapat dilupakan sebelum si Jeon Jungkook bangun dari tidur.
---
-Pagi, 08.00 a.m-
"Bangunlah sayang. Aku tunggu kau di bawah ya, Jeon Young Mi."
Satu bisikan suara garau miliknya kedengaran di telingaku. Dahiku terasa disentuh oleh bibirnya. Sengaja aku membiarkan kelopak mata masih terpejam rapat.
Perasaan kurang enak dan gementar disebabkan mesej yang dikirim oleh Jimin masih berbekas di dalam hati.
Usai sahaja pintu bilik ditutup, aku membuka mata. Telapak tangan aku bawa ke dada untuk menenangkan debaran yang menggila di dada.
Gosh, daddy ni makin lama makin seram pula aku dibuatnya.
---
Young Mi berjalan menuju ke dapur apabila hidungnya menangkap bau sarapan pagi yang disediakan oleh suaminya itu."Pagi-pagi kau dah sweet Jungkook. Tak mungkinlah kau ni gila kan? Merapu je Jimeng tu."bebel wanita itu sendirian.
Pandangan matanya tertumpu dengan hidangan pancake lazat yang dihidangkan bersama blueberry syrup. Perutnya sudah berbunyi perlahan kerana makanan itu seolah-olah menggodanya untuk datang dekat dan dekat lagi.
Baru setapak kakinya melangkah, Young Mi kaku berdiri di meja makan yang terletak di ruang dapur itu. Susuk tubuh Jungkook berdiri membelakanginya.
Tangan kanan lelaki itu menggenggam kemas pisau pemotong sayur. Manakala, kepalanya hanya tunduk memandang ke sinki.
"J-jungkook, buat apa main dengan pisau tu? Marilah m-makan. Saya lapar dah."
Jungkook tersentak kerana suara Young Mi menegurnya secara mengejut. Pisau pemotong sayur dicampakkannya ke dalam sinki dengan riak wajah kosong.
"Aku bosan. Jadi, pisau tu je nampak best untuk aku jadikan alat mainan. Jangan takutlah. Aku sayang kau, Young Mi."balas Jungkook bersama nada suara lembut.
Baru tangannya ingin menyentuh tangan isterinya, Young Mi menarik tangannya daripada bersentuhan dengan Jungkook.
"S-saya lapar. Nak habiskan makanan dulu. Maaf Jungkook."
Perasaan si daddy mulai tercalar akibat penolakan secara halus oleh Young Mi.
Gagal mengawal perasaan, Jungkook merengus dalam diam.
Tangannya tiba-tiba menghentak kuat meja makan tersebut. Matanya mencerlung tajam ke arah Jeon Young Mi.
"Kenapa lebih percayakan Park Jimin daripada your only one daddy Jeon?"ujar Jungkook dalam nada berbaur ugutan.
Sarapan pagi yang terhidang di hadapan mata sudah tidak mampu membangkitkan seleranya. Jeon Jungkook segera beredar daripada meja makan.
-TBC-
A/N:
Aiyoooo, daddy dah marah.
💔
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin