Daddy Jeon | JJK
15
--
A/N: Second update for this week. Hope you will like it!
Maafkan saya kerana tidak sempat berbalas sebarang komen setakat ini.
Tempoh hiatus saya belum habis. :')
---
"Kenapa awak tetap pilih saya? S-saya bukan perempuan yang layak untuk jadi isteri awak."aku sempat bertanyakan soalan kepada Jungkook walaupun irama degupan jantung semakin lama semakin berdebar sakan.
Dalam ramai perempuan di dalam dunia ini, aku hairan kerana aku jugalah yang menjadi pilihan lelaki ini untuk dijadikan calon isterinya.
Status dia sudah bergelar seorang daddy aku sudah tidak tertahan dengan godaan demi godaan yang sering menyerang diri aku.
Inikan pula dia hendak menjadikan aku isteri sah miliknya. Lagipun aku dan dia langsung tiada hubungan seperti kebanyakan pasangan kekasih di luar sana.
Gara-gara taktik nakal si Jimin, aku terperangkap lagi ke dalam satu jurang besar. Lelaki terhangat di pasaran ini mahukan sesuatu.
Dia inginkan aku untuk menerima lamarannya. Hampir sahaja aku mengundur ke belakang tetapi terhalang oleh sesuatu. Tubuh badanku sudah menemui jalan mati.
Aku tersandar rapat di kabinet dapur. Jeon Jungkook meletakkan tangannya di kedua-dua bahuku. Cengkaman tangannya begitu kuat sehinggakan aku terjerit kecil.
"Daddy Jeon, saya tak suka orang paksa saya. Ambil lah orang lain. Ramai lagi kan wanita dekat luar sana nak jadi isteri awak. Please, saya tak sesuai untuk awak."
Aku tegas melontarkan suara hati. Diri sendiri dilanda satu perasaan kurang selesa dengan pandangan tajam yang diberikan oleh Jungkook.
---
"Kalau daddy Jeon berkeras mahukan Park Young Mi yang degil ini, apa yang kau akan lakukan?"
Mata Park Young Mi menjeling sekilas raut wajah lelaki itu. Jeon Jungkook menyimpan semula cincin yang tidak mampu tersarung ke jari wanita itu.
Dia langsung tidak berasa hampa. Selagi tidak berusaha gigih, dia bukanlah insan yang digelar daddy Jeon.
Masa yang semakin suntuk menyuntik semangat membara dalam diri Jungkook. Dia mengambil keputusan untuk mencempung badan wanita itu tanpa sebarang amaran.
Jeritan Park Young Mi tidak mengganggu fokus lelaki itu untuk melarikan wanita tersebut.
Destinasi utamanya adalah lebih penting. Kata-kata yang terakhir keluar dari bibir Jungkook memberi gambaran tindakan gila lelaki itu.
"Aku benci sebarang penolakan. Kau duduk diam. Aku nak bawa kita berdua pergi kahwin segera. Tolong daddy iye?"
Eh, sesuka hati je makhluk seksi ini melarikan anak dara orang.
Hati-hati dengan daddy.
-TBC-
YOU ARE READING
[C] Daddy Jeon | JJK
FanfictionDia menjadi rebutan ramai. Seru namanya, dia pasti muncul bersama godaan yang memikat hati. Start: 02/12/2018 End: 11/01/2019 #7 in fanfiction ( 12/1/2019) #3 in fanfiction (11/7/2019) Photo [Using For Cover]: @itzraejin