24

8.1K 1.2K 210
                                    

Daddy Jeon • jjk

24

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Update akhir sebelum story ini berehat untuk beberapa hari.

---

Jeon Young Mi memaut pinggang Jeon Jungkook. Wanita itu tampak kekok untuk menzahirkan kemesraannya kepada suaminya sendiri.

Mata nakal Jungkook tidak berhenti daripada meneliti setiap inci wajah cantik milik Young Mi.

Lelaki itu berasa kagum kerana kejayaan besarnya melalui perkahwinan ini. Akhirnya, dia sudah tidak kesunyian.

Daddy Jeon berjaya dapatkan teman hidup yang paling istimewa. Jungkook tidak perlu lagi menggunakan cara kotor untuk mendapatkan isteri seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

"Bantu aku shave . Sapu krim ni dekat kawasan sekitar dagu dan atas mulut aku, sayang."

Young Mi melepaskan pelukannya terhadap si suami. Tangannya menekan krim pencukur. Lalu, dia menggosok ke permukaan kulit wajah Jungkook dengan penuh kasih.

"Jangan merajuk dengan s-saya lagi macam tu. Please, saya cuma nakkan kebenaran dari awak. Jujur dengan saya?"pinta Young Mi.

Jungkook membalas jawapan Young Mi melalui pergerakan badan.

Bahunya menurun sedikit. Bibir tersenyum hambar.

"Kalau aku katakan khabar angin daripada Jimin tu betul, kau akan stay atau kau akan tinggalkan aku?"

---

Aku menyerahkan shaver berwarna hitam berjalur biru itu kepada suamiku.

"S-saya...tak mungkinlah awak lari dari rumah sakit jiwa. Takkanlah daddy Jeon yang saya kenal ni orang gila kan?"

Lelaki itu serta-merta berhenti bercukur. Berdesing telinganya apabila perkataan 'orang gila' meluncur keluar dari mulut Young Mi.

Satu pantang larang untuk mengelakkan daddy Jeon bertindak luar kawalan sudah dilanggar oleh Young Mi.

"K-kau tersilap kata. Kau binasa, Jeon Young Mi. L-lari sekarang. Kunci pintu bilik air ni."desak Jungkook.

Tangannya menolak bahu Young Mi supaya isterinya segera beredar dari bilik air.

"T-tak boleh ke kalau saya stay dan bantu awak tangani semua ni?"

Jungkook menggeleng kepala begitu laju.

"K-kau tak mampu bantu aku lagi setakat ni, Young Mi. Pergi sekarang."

Sekelip mata senyuman kelatnya bertukar sinis. Jungkook meraup wajahnya sebelum kepalanya dihentakkan di cermin yang berada berdekatan sinki.

Gelak tawa mengejeknya mendorong Young Mi untuk segera berundur ke belakang.

"Ini adalah salah satu cara daddy Jeon paksa pelanggannya jadi isteri segera. Nasib Young Mi baik. Dia tak pernah kena. Sebab apa? Y-young Mi dengar cakap aku. Hi hi hi "

Mata Jungkook licik memerhati cermin yang telah retak akibat hentaman kuat kepalanya.

Darah yang mengalir di kepala tidak mengusik perasaannya. Perhatian Jungkook beralih pula kepada bunyi pintu bilik air yang diselak dari luar oleh Young Mi.

"Ah, Jeon Young Mi dah takut. Apa patut daddy Jeon buat? Hurmm."

-TBC-

A/N:

Plot cerita ni makin bosan atau makin sensasi?

Saya cuba untuk hasilkan daddy Jeon yang mental tetapi kali ni berbeza dari yang lain.

Tahap gila dia tak boleh bawa bincang.hahahahaha.

Hope you like this chapter so far.

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now