17

8.7K 1.3K 113
                                    

Daddy Jeon | JJK

17

A/N: Daddy Jeon's back

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N: Daddy Jeon's back. Happy 8k votes!

Story ini akan tamat dalam masa terdekat. Stay tuned.

==

Jeon Jungkook meneruskan pemanduannya ke satu destinasi yang tidak diketahui oleh Park Young Mi. Selang beberapa minit, kepala wanita itu menoleh ke arah Jungkook yang hanya diam membisu sejak dari tadi.

"J-jungkook, awak nak bawa saya pergi rumah parents awak ke?"soal Young Mi ingin tahu. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Pegangan tangan di stereng menjadi semakin kejap sehingga urat-urat di tangannya mulai timbul. Wajah Jungkook tetap dimaniskan pada pandangan wanita itu walaupun dalam hati mengatakan hal yang sebaliknya.

Jungkook menjeling wajah wanita kesayangannya itu dari hujung anak mata. Malas dia hendak membocorkan rahsia yang disimpan, Jungkook tidak menghiraukan soalan yang dikemukakan Young Mi.

Setelah menempuh perjalanan yang memakan masa hampir dua jam lamanya, kereta yang dipandu Jungkook berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo besar dua tingkat yang mempunyai kolam renang yang besar di hadapannya. Dengan pantas, senyuman lega mulai terukir di bibir nipisnya.

Jungkook menoleh kepala sebentar untuk memandang wajah Young Mi sebelum dia beredar keluar untuk membuka pintu kereta.

"Kita dah sampai di rumah banglo milik kita berdua, Park Young Mi."

---

Aku berusaha untuk menyembunyikan perasaan gementar yang sudah menguasai diri. Kata-kata terakhir yang keluar dari bibir daddy Jeon seakan memberi bayangan terhadap sesuatu.

Rancangannya bukan hanya sekadar ingin mengahwini aku. Bahkan, dia juga membawa bersama rancangan terselindung yang lain.

Pintu kereta dibuka oleh Jungkook. Tangannya memaut lenganku agar aku berjalan seiring dengannya.

Memang tampak romantis jika dilihat dari sudut pandangan mata orang lain. Namun, bagi aku semuanya berlaku begitu mengejut.

Daddy, apa tujuan kau yang sebenarnya?

Apabila kakiku melangkah masuk ke dalam rumahnya, kehadiran aku disapa dengan kelibat seorang lelaki berumur dalam pertengahan 40-an yang sedang tersenyum mesra kepada kami berdua. Lelaki tersebut kemas berpakaian sut berwarna hitam. Beg pejabatnya sudah terletak elok bersama beberapa kertas putih di atas meja. Kepalanya ditunduk hormat kepada kami.

"Selamat sejahtera, Tuan Jeon. Saya hadir bersama dokumen perjanjian perkahwinan. Boleh kita mulakan dalam masa beberapa minit lagi?"

Tangan kiriku digenggam erat oleh Jeon Jungkook. Lelaki itu mendekatkan pula bibirnya di telinga aku. Bisikannya dalam nada yang teramat perlahan. Tetapi, aku masih dapat mendengarinya dengan jelas.

"Lepas kau turunkan tandatangan, kau sah menjadi milik aku. Kau akan menjadi kegemaran utama daddy Jeon. Aku tak akan lepaskan kau."

Jujurnya, aku terus diserang rasa seram dan keinginan untuk melarikan diri pada saat itu juga tergendala tatkala pinggangku sudah dipeluk erat oleh Jeon Jungkook.

Mulutnya tidak lupa untuk mengucapkan kata-kata larangan.

"No. Daddy tak akan bagi Young Mi lari."

-TBC-

A/N:

Actually, plot untuk story ini sahaja yang saya tak rancang daripada awal. Maksudnya, saya create setiap bab secara random. Bergantung kepada mood dan idea yang datang mengejut daripada otak saya.

Jika anda rasakan storylinenya agak membudu dan tidak masuk akal, maafkan saya.

Hahahahha.



[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now