26

7.3K 1.1K 391
                                    

Daddy Jeon • jjk

26

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Bab ini mengandungi babak kejam. Jadi, sediakan diri untuk tirikijut dan jangan maki daddy.


----

"A-awak tak sayang saya dah ke? Sampai sanggup cekik saya?"rayuku separuh terseksa kepada Jeon Jungkook.

Tanganku sibuk menepis cengkaman tangannya yang begitu kuat di leher jinjangku.

Tamat juga riwayat aku hari ini jika si anak Jeon masih degil ingin mencekik leherku.

"Mestilah sayang. Tapi, Young Mi dah nakal sampai sanggup kunci daddy Jeon di dalam bilik air. Jadi, terpaksalah aku bagi kau denda."tutur Jungkook penuh romantis.

Di sebalik nada yang romantis, ugutan berbaur psiko meniti di bibirnya.

"A-awak kejam, Jeon Jungkook!"

Hanya satu baris ayat mampu dituturkan oleh aku. Cengkaman jari-jemari kasar lelaki mental itu menyebabkan pernafasan aku menjadi tidak stabil.

Pandanganku mulai kabur. Pandangan mata aku hanya berfokus kepada tingkah laku Jeon Jungkook yang sudah melampaui batas akal.

"Alahai, mudahnya kau nak give up. Kasihan sayang. Dah nak mati eh?"soal Jungkook tanpa nada.

Hujung bibirnya terangkat dan sebuah senyuman sinis menjadi tatapan mataku yang terakhir sebelum semuanya menjadi gelap.

"Daddy Jeon sayang Jeon Young Mi. Forever."

Tanganku berhenti menepis tangan Jungkook. Aku tidak terdaya lagi untuk menahan seksaan dunia daripadanya.

Cengkaman di leher semakin kuat. Akhirnya, lutut aku mulai goyah. Nafas yang dihembus tidak lagi berjalan lancar.

"Awak teramat k-kejam, Jeon Jungkook."tuturku buat kali terakhir. Kelopak mata aku tertutup rapat akhirnya.

Selamat tinggal, Jeon Jungkook

----

Jungkook melepaskan cengkaman tangannya apabila dia menyedari wajah isterinya bertukar pucat lesi.

Serentak dengan itu, tubuh Young Mi melurut jatuh ke bawah. Jari-jemari milik lelaki itu menggigil ketakutan.

"J-jeon Young Mi, aku bergurau aje. K-kau bangunlah. Jangan mengusik aku eh? Bangunlah sayang!"rengek Jungkook seperti anak kecil.

Dia menarik tubuh tidak bernyawa Young Mi ke dalam dakapannya. Jungkook menggelengkan kepala berulang kali sambil bibirnya menyebut nama isterinya tidak henti-henti.

"Young Mi, kau tidur ke. A-alamak aku dah ganggu sleeping beauty ni! Ssh, daddy Jeon diam ya."

Jari telunjuknya dilekatkan di bibir. Jungkook merenung wajah Young Mi dengan riak wajah keliru.

Hidung mancung Jeon Young Mi dicuitnya mesra. Gelak tawa Jungkook kedengaran pula selepas itu.

"Nampaknya Young Mi t-tertidur. Bila pula Young Mi nak bangun? Daddy rindu."

Jungkook tetap mengutarakan soalan bodoh itu. Walaupun hakikatnya dia sudah tahu wanita itu tidak akan bangun kembali.

Tangannya setia memegang pergelangan tangan Young Mi yang sudah terhenti denyutan nadinya.

-TBC-

A/N:
Apa perasaan korang?

Nyatakan dalam tiga patah perkataan.

Bersabar. Update seterusnya pada jam 10. ♥

[C] Daddy Jeon | JJKWhere stories live. Discover now