Sampai saja dihadapan rumah, aku mendengar bunyi yang kuat datang daripada dalam rumah. Cepat sahaja aku menanggalkan kasut dan masuk ke rumah.
Masuk sahaja dalam rumah. Aku melihat eomma sudahpun dipukul appa dengan teruk.
"Eomma!" Terus sahaja aku menerpa eomma yang sudah pun terbaring di atas lantai itu.
"Eh kau menyebok dekat sini apasal? Masuk bilik sekarang," arah appa lalu mengheretku dan mencampakku ke dalam bilik. Kepalaku terhantuk pada dinding menyebabkan kepalaku mula berpinar.
"Eh perempuan! Kau tak payah acah nak mati sangat dekat depan aku boleh tak?! Cepat aku nak duit! Aku tahu kau sorokkan duit lagi kan?!" Aku merangkak menghampiri pintu bilik. Jasad eomma ku dipandang lemah.
"Saya tak ada duit, awak... percayalah," kaki appa eomma peluk merayu. Aku mula mengepalkan penumbuk.
Dendam makin membara.
"Ouh kau tipu aku eh... ni apa hah?! Ni bukan duit?! Tak guna punya perempuan menipu aku," kali ni appa menyepak eomma berkali - kali hingga tersembur darah ke lantai.
Aku makin geram.
"Tu untuk Jimin, awak... jangan lah ambik," rayu eomma lagi pada appa. Sedang aku melihat barangku yang jatuh di belakangku, aku terpandang sesuatu berkilat. Senyuman sinis mula terukir.
Kali ni kau akan mati, appa!
Sedang appa menumbuk eomma hingga tidak sedarkan diri, aku menyepaknya dari belakang hingga membuatkannya dia tergolek disebelah eomma.
"Arhhh!"
Aku memandang sinis appa apabila pisau sudahpun menusuk masuk ke dalam perutnya.
"Kenapa kau pukul eomma aku hah?!"
Badan appa ditikam bertubi - tubi olehku sehinggakan dia tidak bernyawa.
"Huh mampus pon kau jantan tak guna!"
![](https://img.wattpad.com/cover/169803399-288-k718289.jpg)
YOU ARE READING
Mental + Park Jimin
Short Storyhidupnya dalam kekusutan membuatkan jiwanya menjadi tertekan. tertekan. stress and last. mental. park jimin. (short story) [WARNING!!!] Dont copy & paste my story