bab 10

752 73 2
                                        

"Eomma tahu tak, appa kan semalam main dengan kita... dia buat - buat mati eomma hahaha. Jimin tak nak appa mati huhu tsk," kata Jimin keseorangan.

Doktor Seokjin hanya mencatatkan sesuatu sebelum keluar daripada bilik tersebut. Kakinya menuju ke arah Inspektor Namjoon.

"Macam mana keadaan dia sekarang?" Tanya Namjoon. Seokjin hanya mengeluh perlahan.

"Macam tu lah keadaan dia. Tapi makin ok lah daripada first time kau hantar dia kat sini dia meracau bagai tu. Habis pecah jugaklah tingkap tu dibuatnya haih," jelas Seokjin kepada rakannya, Namjoon yang merupakan seorang polis memegang kes Jimin.

"Tu ah. Aku kesian jugak tengok dia tu hmm," balas Namjoon simpati.

"Actually macam mana dengan siasatan kau?"

"Mengikut siasatan kami, Park Jimin tu merupakan seorang pelajar terbaik. Tapi sejak dia masih kecil lagi, family dia ada masalah menyebabkan dia mungkin rasa tekanan. Datang sekolah dia kena buli pulak. Sebab tu ah dia makin tekanan," jelas Namjoon. Seokjin hanya mengangguk faham.

"Ya dia mempunyai tahan tekanan paling tinggi. Dia kadangkala boleh ketawa, menangis, panik, takut, gelisah dalam masa yang sama. Dan paling berbahaya, sampai satu tahap dia boleh membunuh," kata Seokjin. Namjoon mengangguk.

"Betul tu. Siasatan kami mendapati dia pernah terlibat dalam beberapa kes pembunuhan. Kes pertama tentang rakan sekolah dia yang bernama Jackson Wang. Tapi siasatan tu mendapati dia bukan pembunuhnya kerana mangsa tu yang tergelincir lalu terjatuh sendiri. Tapi kalau kes appa dia tu betul. Dia pembunuhnya," jelas Namjoon. Seokjin memendang pelik.

"Habis tu takkan tak ada siapa syak yang dia pembunuhnya?" Tanya Seokjin keliru.

"Tak ada siapa yang syak dia yang membunuh appa dia sendiri. Lagipun kes tu semasa dia masih berumur 12 tahun lagi. Pihak polis menjumpai appa dia meninggal di tempat kejadian. Semasa kami jumpa dia pon, dia sedang menangis menyebut nama appa dia sambil memeluk appanya itu. Kami tak dapat sebarang maklumat daripadanya melainkan tangisan dia sahaja. Rumah dia bersepah. Jadi kami syak tu kes rompakan saja. Eomma dia sudahpun pengsan ketika itu. Tiada siapa tahu pembunuh appa dia tu. Jadi kes itu disifatkan sebagai kes rompakan dan ditutup kerana suspek tidak dapat ditemui," jelas Namjoon panjang lebar. Ternganga Seokjin dibuatnya.

"Bila aku tanya dia bunuh ke eomma dia tu, dia kata eomma dia main - main je," kata Seokjin. Namjoon hanya menggeleng kesian.

"Pada malam kejadian kematian eomma dia tu pon, nasib jiran dia perasan. Jiran dia kata dia tu miskin. Mungkin sebab tekanan yang di alaminya sejak kecil eomma dia dipukul, dia dipukul menyebabkan dia dalam tekanan. Lagipon dia macam tak ingat waktu tolak eomma dia tu," kata Namjoon lagi. Seokjin hanya mengeluh.

"Dia sakit... apa - apa pun kita doakan lah yang terbaik untuk dia agar cepat sembuh," kata Seokjin. Namjoon hanya mengangguk setuju sebelum mereka berdua mula bangun.

"Apa - apa pun jangan lupa lunch nanti jumpa tempat biasa," pesan Namjoon kepada Seokjin sambil tersengih sebelum melangkah keluar daripada Hospital Bahagia tersebut.

-the end-

Mental + Park JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang