bab 7

649 72 0
                                    

"Park Jimin Prof Kim nak jumpa dekat pejabat dia," kata seorang pelajar junior sebelum melangkah pergi meninggalkanku. Aku hanya mengeluh berat.

"Bila kamu nak bayar yuran universiti hah?" Tanya Prof Kim dengan nada  bengang. Aku hanya mengeluh perlahan.

"Prof... saya minta maaf tapi memang betul saya cakap. Saya memang tak ada duit. Nanti kalau saya ada duit saya bayar lah," jelasku pada Prof Kim. Dia memandangku dengan padangan menyampah.

"Sampai bila kamu nak bagi alasan miskin kamu tu hah? Eh kalau sebulan dua tak apalah jugak. Ni dah masuk tahun kedua kamu tak bayar yuran universiti. Kamu fikir kamu ni siapa hah?" Aku hanya mendiamkan diri. Tak nak cari pasal.

"Mentang - mentanglah kamu tu pelajar terbaik, kamu fikir kamu boleh sesuka hari tak nak bayar yuran? Ingat berkat ilmu yang kamu belajar tu?" Aku mendiam lagi.

"Eh jap. Saya dengar kamu ni dah pandai eh ponteng kuliah sekarang. Good!" Aku hanya menunduk. Bukan apa, kalau aku masuk kuliah, kemungkinan aku dimalukan kepada seluruh pelajar disebabkan tak bayar yuran lebih tinggi. Siapa yang nak dirinya dihina?

"Saya tak kisahlah kamu nak cakap eomma kamu tak de duit ke apa, saya nak hujung minggu ni pastikan kamu langsaikan semua yuran kamu tu. Ataupun senang saja, kamu berhenti sajalah. Biar lepasni anak saya pulak yang dapat gelaran pelajar terbaik tu daripada kamu yang tak layak tu!" Prof Kim memeluk tubuhnya sebelum tersengih sinis kepadaku.

Bukan aku tak nak mintak duit dekat eomma, dah berkali - kali aku ulang benda yang sama. Tapi jawapannya tetap sama. 'Eomma tak ada duitlah Jimin'. Pagi tadi pon aku cakap benda yang sama tapi still sama jugak. Dia kata tak ada duit.

Kau tau tak aku tak putus asa tanya benda yang sama? Aku fahamlah dia tak ada duit, tapi fahamlah keadaan aku jugak.

Ni tak. Aku nak berhenti belajar nak kerja dia tak bagi. Bila belajar macam ni pulak. Kau tahu tak aku stress?

Mental + Park JiminWhere stories live. Discover now