"Eomma! Jangan tinggalkan Jimin, eomma!" Kataku lalu menggoyangkan badan eomma berkali - kali. Telefon rumah ku capai dan mendail ambulans.
Aku tak nak eomma mati.
Air mataku mula menitis laju melihat keadaan eomma. Berkali - kali aku meraung menyebut nama eomma.
"Eomma! Jangan tinggalkan Jimin tau! Jimin dah bunuh laki tak guna ni hihihi. Lepas ni kita hidup bahagia sama - sama eh!" Kataku kepada eomma perlahan dengan nada gembira. Aku memandang tubuh badan appa yang sudah tidak bermaya itu.
Aku mula merangkak menghampiri appa. Darah yang tersebur keluar daripada badan appa kesan tikaman tadi ku main. Tiba - tiba sahaja aku ketawa. Lucu pulak bila tengok appa dah mati.
Lagi bodoh dari Jackson tadi hahaha.
"Hahaha appa ni bodoh lah. Aduhai... lain kali pandai lah sikit. Ni tak. Bodoh hahaha"
Gelak ketawaku terhenti apabila aku teringatkan sesuatu.
Appa. Mati.
"Aku tak bunuh appa en? En?" Tanyaku kepada diri sendiri. Aku keliru. Resah. Takut.
Rambutku mula diserabaikan. Tanganku terasa sesuatu cecair pada rambutku.
"Appa kenapa pukul eomma? Kenapa buat Jimin macam ni... Appa jahat! Jimin benci appa!" Tanganku mula mencapai pisau yang masih tertusuk pada badan appa lalu menikamnya berkali - kali.
"Appa jahat! Tsk tsk.."
Tanganku mula melepaskan pisau tadi lalu memeluk tubuh badan appa yang tidak bernyawa lagi. Habis darah berlumuran pada tubuhku.
"Appa jangan tinggalkan Jimin!"
Dan aku terus menangis.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mental + Park Jimin
Kurzgeschichtenhidupnya dalam kekusutan membuatkan jiwanya menjadi tertekan. tertekan. stress and last. mental. park jimin. (short story) [WARNING!!!] Dont copy & paste my story