Huh diam pon.
Aku melihat ke arah bawah banggunan rumahku. Ternampak eomma sudahpun jatuh terbaring di atas jalan tar berlumuran darah.
"Huh mati pon kau! Penipu!"
"Tu ah... tipu aku lagi. Kau dengan orang lain sama je! Penipu!"
Tiba- tiba tekakku terasa kering. Dahaga lah pulak.
Aku melangkah turun ke tingkat bawah untuk membeli air di mesin. Sampai sahaja disana, air tin coca cola ku pilih. Baru sahaja hendak naik ke atas kembali, aku ternampak sebujur jasad terbaring di atas jalan tar. Aku menghampiri jasad itu dengan perlahan.
Sampai sahaja dekat jasad itu, aku memerhatikan jasad itu lama - lama.
Macam eomma.
Di dalam kegelapan yang menebal, aku mengalihkan wajah jasad itu ke arahku.
Eomma.
"Kenapa eomma tidur dekat sini?" Tanyaku pada jasad eomma itu namun tiada respon yang ku dapat.
"Eomma."
Sekali lagi aku panggil, tetapi hasilnya tetap sama. Tiada respon. Aku mula panik. Baru aku sedar ada air yang mengalir di sekeliling eomma. Aku mula hairan. Air itu ku sentuh dengan jari lalu ku hidu.
Darah.
Air mataku mula mengalir lebat. Nadi eomma cuba ku periksa dengan tangan terketar - ketar.
Eomma dah tiada.
"Eomma! Jangan tinggalkan Jimin! Jimin dah tak ada siapa - siapa dah dekat sini, eomma. Eomma bangun lah tskk," tubuh badan eomma yang sudah kaku itu ku goyangkan berkali - kali berharap eomma masih hidup.
Tiba - tiba aku teringatkan kejadian tadi dimana aku menolak eomma hingga jatuh ke bawah.
"Apa aku dah buat weh? Aku tak bunuh eomma kan? Kan? Eomma tak mati lagi kan? Eomma tipu je ni," kata ku lalu tergelak lucu. Tangan eomma yang sudahpun kaku itu ku gerakkan lalu membuat lambaian kepadaku sendiri.
"Haa eomma tak mati lagi lah. Saja je kan main - main. Jahatlah eomma ni hehe," kataku kepada eomma lalu ketawa terbahak - bahak.
Aku bangun untuk naik ke atas kembali.
"Bye eomma! Jimin naik atas tidur dulu eh. Nanti eomma naik tau! Dah pukul 3:30 pagi dah ni eomma," pesanku pada eomma yang sudahpun kaku disitu.
"Janji eh eomma naik atas nanti! Kita tidur sama - sama dalam bilik eh. Dekat tar ni keras lah, eomma" pesanku lagi sebelum mula melangkah menuju ke tangga untuk naik ke rumah.
Tiba - tiba muncul Poko iaitu anjing kesayanganku menyalak di hadapanku. Mula - mula aku hanya endahkan saja nyalakkan dia tu. Tapi semakin lama, semakin menyalak pulak dia.
Runsing aku!
Aku nampak dekat tepi tangga tu ada sebatang kayu. Cepat saja aku ambil kayu itu dan hayunkan ke arah Poko yang tak habis - habis menyalak tu berkali - kali.
Hilang sahaja nyalakkan dia tadi itu, aku mula tersenyum puas. Bangkai Poko ku heret hinggalah ke tepi jasad eomma.
"Haa diam pun dua beranak ni. Puas hati aku," kataku kepada dua jasad yang tidak bernyawa lagi itu lalu berlalu pergi.
"Tidurlah korang dekat atas jalan tar tu eh. Bye bye," kataku sebelum melangkh pergi meninggalkan dua makluk tak guna itu tadi.
Menyusahkan aku je!
Dua - dua tak guna! Sama je.
Bukan. Semua tak guna!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mental + Park Jimin
Historia Cortahidupnya dalam kekusutan membuatkan jiwanya menjadi tertekan. tertekan. stress and last. mental. park jimin. (short story) [WARNING!!!] Dont copy & paste my story