𝟶𝟺

1.2K 191 6
                                    

minho
- jiwon
- kang jiwon
- are you there?
seen

𝘮𝘪𝘯𝘩𝘰'𝘴 𝘱𝘰𝘷

Aku tersenyum nipis sebaik saja mesej aku dibaca olehnya tapi tidak berbalas. Latte yang beli tadi dibawa bersama dan aku menolak pintu kafe itu.  Serentak itu tubuh aku terdorong ke belakang dan latte aku tumpah di atas lantai. 

" saya minta maaf. Saya minta maaf. Macam mana ni? " gadis itu mengeluarkan tisu dari begnya dan mula mengelap baju aku yang basah. 

Tangannya aku pegang dengan erat. Mata aku tak lepas dari memandang ke arahnya. Kang jiwon, dia masih sama. 

" mi-minho..."

" jadi awak masih kenal saya? " jiwon terus mengalihkan pandangannya. Dia juga menarik tangannya yang dari tadi dipegang oleh aku. 

" jiwon, saya nak berbual dengan awak. "

Dia menggeleng perlahan. Cawan latte tadi dia hulurkan kepada aku dan dia mahu beredar dari situ.

" jiwon! "

" apa? " dia masih lagi dingin. Sama seperti dulu.

" bila awak free? Saya nak jumpa dan berbual dengan awak. Macam dulu. " kata aku.

" esok, di sini. "

Dia terus beredar dari situ. Aku pula tersenyum lebar. Dia masih lagi dingin dan perangainya tidak berubah. Aku masih lagi menaruh hati padanya walaupun aku dah dilukai olehnya.

Pelik bukan? Tapi aku bukannya senang lupakan dia.  Bagi aku, dia terlalu istimewa. Terlalu istimewa untuk dilupakan. 

─────────────

FANS | 리노Where stories live. Discover now